10 Cara Mudah Menghalau Cicak Terus Dari Rumah

680 views
10 Cara Menghalau Cicak Dari Rumah

10 Cara Menghalau Cicak Dari Rumah

Panduan dan tips menghalau cicak dari rumah ini saya dapat dari pembacaan di internet. Caranya amat mudah dan tidak memakan modal yang tinggi. Buat pengetahuan anda, cicak membawa bakteria E Coli yang menyebabkan sakit perut dan komplikasi penyakit yang lain. Oleh itu makanan yang terdedah dengan cicak akan memudaratkan anda.

Anda hanya perlu mengulangi cara ini berulang untuk memastikan cicak terus meninggalkan rumah anda. Semoga perkongsian kali ini membantu anda. 10 teknik menghalau cicak terus dari rumah anda adalah:

1.Bawang Besar

Anda juga boleh menggunakan bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun anda juga boleh mengisar bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan sembur di kawasan tersebut.

2. Bawang Puteh

Gantungkan bawang putih dikeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas semburan. Sembur dibahagian yang mudah didekati cicak.

3. Cili Kering

Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.

4. Serbuk Kopi

Caranya mudah, campurkan serbuk kopi dengan serbuk tobacco dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Anda kemudian bolehlah buangkan bangkainya seminggu sekali.

5. Plypaper

Lekatkan di bahagian dinding yang anda sering terlihat cicak itu. Apabila cicak terlekat pada kertas tersebut anda kemudiannya bolehlah buangkan.

6. Kulit Telur Ayam

Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.

7. Bela Kucing

Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!

8. Air dan Cili Api

Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.

9. Bunuh Serangga

Pastinya anda mengetahui bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada!

10. Jaga Kebersihan Rumah

Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.

Tags: #buang cicak rumah #Cara Mudah Menghalau Cicak #cicak e-coli

  1. author

    mrhanafi12 months ago

    saya suka kalau tip dengan memelihara kucing…

    selain dapat tangkap cicak ia boleh juga tangkap tikus

  2. author

    Cikgu Viral12 months ago

    Bagus jugak tu mr. Hanafi. Tapi bukan semua orang suka bau kucing.

  3. author

    arnie12 months ago

    Masa kecik2 dulu suka ikat getah tebal2, pastu buat lastik je kat cicak tue.. Kejam pulak bila diingat semula.. Lebih baik buat tips di atas nie, lebih mudah & tangan pun tak kotor, hehe..

    • author
      Author

      Cikgu Viral12 months ago

      sama juga macam saya . Dulu zaman kecik-kecik tiap-tiap malam jumaat bunuh cicak kat surau. Atuk cakap dapat pahala 🙂 .

Author: 
    author