10 Tips Penting Sebelum Memulakan Peniagaan PERLU ANDA TAHU!

1825 views

10 Tips Penting Sebelum Memulakan Peniagaan yang mesti anda faham dan benar-benar tahu. Perkara ini akan mencorakkan perniagaan anda. Ibarat kain putih adakah ianya terus putih atau sebaliknya.

Anda minat berniaga tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakannya? Jangan risau artikel untuk kali ini sesuai buat kamu yang berminat untuk memulakan perniagaan. Untuk berniaga tidak semestinya memerlukan modal yang besar. Cukuplah bermula secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Tips memulakan perniagaan adalah seperti berikut :-

1. Modal
Elakkan berhutang. Mulakan dengan modal sendiri terlebih dahulu. Jika boleh sebelum anda memulakan perniagaan, anda mempunyai satu pekerjaan yang tetap dan jadikan perniagaan ini sebagai sambilan di hujung minggu. Penat? Seorang ahli perniagaan berjaya tidak pernah berehat. Ingat tu!

Pastikan anda mempunyai duit mencukupi iaitu modal dan simpanan. Mengapa anda perlu mempunyai simpanan? Kerana perniagaan tidak menjanjikan emas dan permata. Buat kamu yang mula bergiat dalam perniagaan contohnya makanan, kamu memerlukan peralatan-peralatan yang penting dan juga menimbang sebarang kemungkinan yang terjadi seperti kerugian yang mungkin terjadi seperti cuaca yang tidak elok (memberi kesan kepada premis dan pelanggan).

2. Tindakan
Anda juga harus berani dan yakin. Segalanya perlukan keberanian dan tindakan untuk memulakan perniagaan. Tanpa tindakan mimpi tidak akan bermakna. Sekiranya anda menjual produk makanan tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk memiliki premis perniagaan sendiri ataupun anda terikat dengan komitmen kerjaya tetap anda, anda mungkin boleh menumpang produk anda dimana-mana kedai, gerai atau bakeri. Anda perlu bijak, sesetengah kedai hanya meminta komisyen atau meminta membayar sewa. Pastikan untuk permulaan anda hanya memberi komisyen untuk produk yang terjual.

3. Promosi
Tidak semestinya memerlukan kos yang banyak dalam promosi. Untuk permulaan anda boleh mempromosikan perniagaan anda dengan orang-orang terdekat seperti saudara mara, sahabat handai dan menggunakan platform media sosial anda sendiri seperti Facebook, Blog dan Instagram. Sekiranya anda mempunyai modal yang lebih, anda juga boleh aktifkan diri dengan penjualan seperti di tapak hujung minggu,carboot sale, acara tertentu dan majlis konvokesyen.

4. Pengenalan Produk
Adalah penting sekurang-kurangnya anda mempunyai label atau stiker yang mempunyai sebarang nombor atau medium untuk dihubungi pada sampel produk. Hal ini membolehkan produk anda lebih dikenali dan mudah untuk menerima sebarang feedback yang positif (untuk tujuan pengiklanan) dan juga negatif (untuk menambahbaikkan mutu produk).
Jika produk anda adalah jenis yang unik dan agak mahal dari standard pasaran. Anda perlu nyatakan mengapa dan material atau bahan berkualiti yang anda gunakan. Sebagai contoh anda berniaga nasi lemak menggunakan beras organik, ikan bilis dan kacang digoreng dari chef ternama dan telur gred A dari ayam yang baru bertelur dan sebagainya, jadi anda terpaksa menjual RM5 sebungkus.

5. Rakan Kongsi
Tidak salah jika anda mencari rakan positif yang faham tentang selok belok perniagaan yang sanggup mengharungi susah senang bersama. Walaupun dia tidak menyumbang dari segi wang ringgit mungkin dia boleh menyumbang dari segi tenaga seperti promosi, kenderaan dan sebagainya.

6. Testimoni
Setiap kali anda mendapat tetimoni yang positif, simpan untuk tujuan promosi. Perkara ini boleh membantu lagi perniagaan anda supaya menarik keyakinan pelanggan baru yang ingin mencuba.

7. Rekod
Pastikan anda mempunyai buku lejer untuk mencatat setiap aliran wang keluar dan masuk. Segala resit pembelian, gamkan diatas kertas A4, kemudian failkan mengikut bulan dan tahun. Jangan sesekali memasukkan perbelanjaan peribadi yang tiada kena mengena dengan perniagaan anda.

8. Audit Kewangan
“Alah.. bukan nak masuk Bursa Malaysia pun nak beraudit-audit ni”. Audit tidak semestinya anda perlu mengupah external audit untuk mengaudit akaun anda. Ianya boleh dilakukan sendiri jika anda mempunyai pengalaman, atau meminta rakan kongsi anda atau ahli keluarga yang boleh dipercayai untuk lakukannya secara bulanan, setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali. Anda hanya perlu menyimpan segala rekod perbelanjaan, buku lejer atau excell, cash bill book, bil utiliti, penyata akaun (bank statement) dan segalanya yang berkaitan dengan perniagaan. Kemudian seimbangkan akaun anda dengan menolak segala wang aliran masuk dengan aliran wang keluar dan juga modal untuk melihat keuntungan yang sebenarnya.
Audit juga adalah satu perkara yang teramat penting, kerana dari situ anda boleh menilai perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu. Stok yang bergerak laju atau stok yang bergerak perlahan. Audit juga tidak semestinya hanya menilai segala transaksi wang sahaja, anda juga boleh mengira baki produk, bahan mentah dan kering, keselamatan dengan cara memantau cara pekerja atau pembantu anda melakukan sesuatu kerja dan sebagainya.

9. Asingkan Modal dan Keuntungan
Setiap kali anda mendapat hasil jualan. Jangan gunakan wang tersebut sebelum mendapat pulangan modal. Sekiranya anda mendapat lebih dari pulangan modal. Asingkan modal dan gunakan sebagai modal pusingan. Kemudian 50% dari hasil keuntungan (setelah tolak modal) kekalkan didalam lejer (akaun perniagaan atau petty cash). Kemudian baki lagi 50% bolehlah digunakan untuk modal pusingan seperti menggandakan lagi keluaran, menyewa booth dan menambah baik perniagaan anda dari segi packagingdan promosi.

Untuk kegunaan peribadi? Boleh sahaja anda mengaanggapnya sebagai upah pekerja iaitu tidak lebih dari 10% dari keuntungan.

10. Daftar Perniagaan
Jika anda berniaga secara online bolehlah mendaftar peniagaan anda untuk meraih kepercayaan orang ramai. Lampirkan sekali nombor pendaftaran perniaggan. Untuk mendaftar perniagaan, anda boleh mendaftar di Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia (SSM). Jika anda tidak mempunyai modal yang banyak, memadailah mendaftar perniagaan anda sebagai ‘Enterprise’ terlebih dahulu. Hal ini adalah penting untuk meraih kepercayaan berikutan terlalu banyak kes penipuan dalam perniagaan atas talian.

Diharap artikel ringkas "10 Tips Penting Sebelum Memulakan Peniagaan PERLU ANDA TAHU!"  ini memadai buat kamu yang ingin memulakan perniagaan. Bermulalah segalanya dari bawah supaya apabila anda berada di atas, anda akan menjadi seorang yang bertimbang rasa dan terus berjaya.

Tags: #cara memulakan perniagaan #cara memulakan perniagaan dobi #cara memulakan perniagaan kecil #cara memulakan perniagaan online #cara memulakan perniagaan perdagangan #memulakan perniagaan francais #memulakan perniagaan online #memulakan perniagaan runcit #tips memulakan perniagaan pakaian #tips memulakan perniagaan tudung #Tips Penting Sebelum Memulakan Peniagaan PERLU ANDA TAHU #tips untuk memulakan perniagaan

  1. author

    azwan2 years ago

    Ada juga yang mengatakan pinjaman yang baik tak apa untuk memulakan bisnes. Kecuali bisnes yang kita tak tahu risikonya. Contohnya soalan famous dari Robert Kyosaki, mana lebih mudah? Buat pinjaman 10k atau kumpul duit 10k. Walaubagaimanapun , saya setuju kalau guna duit cash sendiri adalah yang terbaik.

Author: 
    author