12 Hospital Sedia Perkhidmatan Ujian Pengesahan Virus ZIKA Di Malaysia

475 views

Zika Virus

Apa itu virus Zika?

Zika. Mula menular di rantau kita saat ini. Apa perlu anda faham tentang Virus Zika yang mula ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil.

Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya.

Namun,

Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Simptom utama demam Zika

- Sakit kepala
- Ruam pada kulit
- Sakit sendi
- Mata kemerahan

Rawatan?

Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Kesan virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.
Bagaimana Zika boleh menyebab kecacatan otak pada janin?

Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.
Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah dengan menyediakan perkhidmatan ujian bagi mengesahkan ZIKA?

Senarai Hospital Untuk Perkhidmatan Ujian Pengesahan ZIKA.

Dikongsikan senarai hospital di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini seperti dikongsikan dari FB KKM. Untuk makluman terkini, kes jangkitan virus Zika tempatan pertama di Malaysia telah dilaporkan pada 2 September 2016 di Sabah.

Virus Zika

Senarai 12 hospital yang menyediakan Perkhidmatan Ujian bagi mengesahkan ZIKA :

  • Hospital Kuala Lumpur
  • Hospital Sg Buloh, Selangor
  • Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak
  • Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah
  • Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan
  • Hospital Melaka
  • Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
  • Hospital Pulau Pinang
  • Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang
  • Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kelantan
  • Hospital Umum Sarawak
  • Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu

Senarai Hospital Ujian Pengesahan ZIKA

Tags: #Perkhidmatan Ujian Pengesahan ZIKA #Senarai Hospital Ujian ZIKA #Ujian Pengesahan ZIKA #virus zika #Virus ZIKA di Malaysia