24 Individu Didakwa Curi Duit Maybank Berjumlah RM36 Juta

98 views

[ad_1]

Image may contain: 2 people, people standing and outdoorKUALA LUMPUR – Seramai 24 individu termasuk 13 sekeluarga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mencuri wang milik Maybank Berhad yang kesemuanya berjumlah RM36 juta tiga tahun lalu.

Kesemua tertuduh yang terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh perempuan berusia antara 23 hingga 62 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka.

Dua daripada tertuduh merupakan penjawat awam manakala bakinya peniaga, pekerja swasta atau bekerja sendiri.

[​IMG]

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyalahguna wang milik Maybank Berhad berjumlah RM36 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank masing-masing.

Jumlah paling rendah dicuri dalam setiap transaksi ialah RM9,894.86 manakala jumlah paling tinggi RM4,567,683.26.

Difahamkan, penyalahgunaan wang itu dilakukan menerusi manipulasi sistem perbankan dalam talian.

Mereka mengambil kesempatan ketika sistem perbankan tidak berfungsi awal pagi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa cawangan Maybank termasuk Menara Maybank 100 di Jalan Tun Perak di sini antara Oktober 2014 dan Januari 2015.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan sebelum menetapkan 3 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Senarai tertuduh:

Baharudin Selamat, 61

Zulhilmi Mat Nayan@Ahmad, 34

Shafi Ismail, 44

Mohd Azhar Baharom, 32

Hamsah Selamat, 59

Hairol Azali Mohd Yusof, 43

Nor Azuan Shafie, 41;

Nur Jamaaton Baharuddin, 27

Noraishah Nasarudin, 28

Nor Ashikin Nasarudin, 33

Noorasmahwati Nasarudin, 37

Salisa Essah, 38

Norsyahira Fazira Hamzah, 23

Norhayati Mohd Nor, 46

Nasarudin Ali, 62

Zulfieka Fareez Hamsah, 28

Alias Mohamad, 55

Ahmad Shazni Mat Hassan, 34

Hasril Hassan, 43

Mohd Hezzam Arfadli Mat Hassan, 39

Mohamad Najib Khamis, 40

Hafiz Dahlan, 37

Mohd Azmi Md Ishak, 38

Harun Mohd Yusof, 32

Comments

comments

[ad_2]

Tags: #'Duit #berjumlah #curi #didakwa #individu #MAYBANK