3 Kesilapan Biasa Yang Usahawan Sering Lakukan

676 views
3 Kesilapan biasa yang usahawan sering lakukan

3 Kesilapan biasa yang usahawan sering lakukan

Bersediakah kita untuk bergelar usahawan. "Usahawan" jika dilihat dari perkataan mengambarkan "USAHA", maka dengan itu boleh la digambarkan betapa kita perlu bekerja keras untuk berjaya.

Jika kita selidik tokoh-tokoh Usahawan berjaya baik di Malaysia atau seantero dunia, mesti anda akan terbaca kisah usaha mereka untuk mencapai apa yang mereka gapai sekarang. Jatuh dan bangun dalam memulakan perniagaan sebelum sukses adalah asam garam Tokoh-tokoh usahawan ini. Ingat saya pada peribahasa melayu "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian".

Untuk berjaya dalam peniagaan kita perlu bijak dalam mengurus peniagaan. Kita perlu belajar setiap masa, dan mencari mentor yang sebenar. Ingat, meniaga itu bukan seperti skim cepat kaya. Perniagaan itu memerlukan masa dan pencapaian sebelum berjaya. Pekerja adalah aset, tanpa pekerja peniagaan tidak mungkin berkembang dengan pantas.

Sebagai seorang usahawan, kita perlu berpegang kepada mentaliti yang betul. Pengurusan peniagaan adalah perkara penting menjamin segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna seperti yang diharapkan.

Kesilapan biasa yang usahawan sering lakukan.

1. Lebih memikirkan kos produk daripada kos operasi

Tahu kos produk itu essential tapi mengetahui kos operasi untuk 6 bulan, untuk setahun, untuk 3 tahun itu lebih penting. Kos operasi ini dalam bahasa mudahnya, perbelanjaan keseluruhan yang diperlukan untuk survive. Tak percaya tanya lah kawan kawan bisnes sebelah anda, terkebil-kebil nak menjawab kos operasi bisnesnya.

2. Lebih memikirkan keuntungan produk daripada overall growth

Tujuan buat bisnes ialah untuk buat duit dan buat keuntungan tapi jangan perbodohkan diri dengan dua benda ini. Seorang usahawan itu perlu tahu meletakkan indicator untuk mengetahui bisnesnya dalam keadaan sihat atau tidak (tidak kira dalam mode rugi atau untung).

Sebagai contoh monthly burn rate ialah RM20k. Setiap bulan mesti break even angka tersebut. Kemudian tetapkan peningkatan 10% pendapatan setiap bulan atau tahun.

Lelong ambil masa 7 tahun untuk melihat keuntungan pertama. Fashionvalet ambil masa 4 tahun untuk melihat keuntungan pertama.

Tak ada duit untuk kos operasi? Ingat, fungsi CEO ialah mencari dana. Dengan adanya graf growth itu memudahkan bisnes kita mendapat dana. Orang tak tanya untung berapa. COO untuk bantu anda dalam operasi. CFO pula memberi nasihat tentang kedudukan kewangan bisnes.

3. Tidak tahu merancang fasa-fasa dalam bisnes

Dalam berbisnes ada banyak fasa. Tidak semua fasa kena buat untung. Itu pentingnya tahu key activities bisnes masing masing.

3 bulan pertama nak capai apa?
6 bulan pertama nak capai apa?
tahun pertama nak capai apa?
dan seterusnya.

Nak buat strategi kena ada tujuan, kena ada destinasi. Contoh, tahun pertama nak lengkapkan semua role penting dalam bisnes.

Tahun kedua, double work rate pada aktiviti marketing.

Tahun ketiga, baru lihat real money masuk.

Nota: Sekiranya anda tidak yakin bisnes yang anda lakukan mampu beri anda "handsome money" pada masa hadapan, cita-cita anda belum cukup besar. Sila betulkan tujuan anda semula.

Tags: #3 Kesilapan Biasa yang Usahawan Sering Lakukan #panduan buka perniagaan #panduan lengkap perniagaan #panduan perniagaan berjaya #panduan perniagaan dobi #panduan perniagaan dropship #panduan perniagaan francais #panduan perniagaan homestay #panduan perniagaan internet #panduan perniagaan katering #panduan perniagaan kedai runcit #panduan perniagaan online #panduan perniagaan perkhidmatan tadika #panduan perniagaan perkhidmatan taska #panduan perniagaan restoran #panduan perniagaan runcit #panduan perniagaan taska