4 Anak Adenan Satem Turut Berkempen

92 views

[ad_1]

LUNDU – Empat anak allahyarham Tan Sri Adenan Satem turut berkempen dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu untuk memberi sokongan demi meneruskan semangat perjuangan ayah mereka.

Kehadiran mereka pada majlis pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRK berkenaan semalam mencuri tumpuan tetamu yang hadir.

Mereka terdiri daripada Abdul Aziz, Siti Rafidah, Hayatie Hamidah dan Azizul Annuar yang turut sama berkempen untuk ibu mereka yang juga calon BN Datuk Amar Jamilah Anu.

Abdul Aziz berkata, biarpun masih berkabung atas pemergian ayah mereka, kesemua adik-beradik tetap turut membantu kempen.

Beliau berkata kakaknya yang menetap di Kuala Lumpur dan London juga sanggup datang untuk sama-sama memberi sokongan.

“Kami sama-sama turun memberi sokongan demi meneruskan semangat arwah ayah,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Aziz turut berterima kasih kepada rakyat Sarawak yang masih tidak putus-putus mengunjungi pusara ayah beliau.

“Saya menziarahi pusara ayah setiap hari, setiap hari jugalah ada orang datang,” ujarnya.

Kerusi DUN Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya Adenan yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima pada 11 Jan lepas akibat komplikasi jantung.

Pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN11) tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Feb. – BERNAMA

[embedded content]

[ad_2]

Tags: #Adenan #anak #berkempen #satem #turut