5 Kelebihan Wanita Bertubuh Kecil Dan Pendek, No. 4 Paling Hebat!

185 views
5 Kelebihan Wanita Bertubuh Kecil dan Pendek

5 Kelebihan Wanita Bertubuh Kecil dan Pendek

Andai anda seorang wanita yang dilahirkan dengan tubuh yang kecil dan pendek, jangan sesekali merungut atau hilang keyakinan diri. Setiap ciptaan pasti ada sebab dan kelebihan tersendiri. Sebenarnya, tubuh kecil atau pendek boleh memberikan banyak kelebihan dan kemudahan dalam hidup.

Usahlah pedulikan badan orang lain yang langsing dan tinggi lampai persis model kerana disebalik anugerah yang diterima, mereka tidak mempunyai kelebihan yang sama seperti yang dirasai oleh wanita bertubuh kecil dan pendek.

Nak tahu apa kelebihan bertubuh kecil dan pendek? Mari kita periksa, mungkin ada yang tak perasan.

1. Mudah Mengenakan kasut bertumit tinggi
Pakai kasut tumit tinggi? Tidak ada masalah. Anda boleh memakainya dengan mudah. Dan anda pasti setiap masa tampil lebih feminin dan anggun dengan kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi boleh membuat diri kelihatan lebih seksi dan menarik.
2. Boleh cuba pelbagai jenis baju
Bertubuh kecil atau pendek, anda bebas memilih pelbagai jenis baju. Malah anda boleh tetap mencuba baju-baju lama walaupun sudah berusia 20-an. Pelbagai rekaan dan model baju terbaru yang kelihatan hebat dengan mudah anda boleh mengenakannya.

3. Kelihatan awet muda
Mungkin anda masih dikira masih remaja walaupun kini berusia 20-an. Tetapi itu menjadi tanda jika anda selalu kelihatan awet muda. Orang sering salah meneka usia anda. Mereka kerap mengira usia anda masih belasan tahun walaupun sebenarnya usia anda sudah hampir dewasa.

4- Mudah diangkat
Dengan tubuh yang kecil, pasti berat badan juga ringan. Jadi andai kata terjadinya perkara yang tidak diingini seperti sakit, pengsan atau terseliuh, mudah untuk orang yang nak menolong mengangkat/mendukung anda. Bagi lelaki yang mendapat teman wanita atau isteri yang kecil molek, sudah pasti sangat menguntungkan.
5. Mudah mengisi tempat
Naik kenderaan umum, anda boleh mendapatkan tempat duduk dengan mudah. Dengan tubuhmu yang kecil, anda lebih lebih menjimatkan ruang. Ini juga menguntungkan bagi orang-orang di sekeliling. Mereka boleh mendapat tempat yang lebih longgar dengan kehadiran anda.
Itulah antara 5 kelebihan menjadi wanita bertubuh kecil dan pendek. Kebanyakan lelaki juga lebih suka memilih wanita yang lebih rendah kerana tahap keyakinan diri seorang lelaki juga akan terasa lebih tinggi bila mendampingi wanita rendah.

Tags: #5 Kelebihan Wanita Bertubuh Kecil #tabiat wanita bertubuh kecil #Wanita Bertubuh Kecil