7 Tanda Gadis Terlalu Banyak Onani

862 views
Tanda Wanita Sudah Ketagihan Onani

Tanda Wanita Sudah Ketagihan Onani

Hidup ini cuma sekali dan kita telah diajar membuat pilihan. Ada satu penyakit yang akan menyerang mereka baik golongan profesional atau biasa. Penyakit ini kini semakin menjadi satu trends kini iaitu penyakit suka beronani.

Tanda Wanita Sudah Ketagihan Onani

Onani atau melancap ini adalah aktiviti seksual bukan penetrasi yang sering dilakukan oleh lelaki mahupun wanita. Onani atau masturbasi oleh sebahagian besar doktor masuk dalam kategori perhubungan selamat asalkan dilakukan dengan betul, tidak menimbulkan masalah kesihatan dan tidak terlalu sering atau ketagihan.

Malangnya tidak ada batasan seberapa banyak orang melakukan onani sehingga masuk kategori ketagihan. Dalam artikel ini kita akan membahas beberapa tanda jika anda sudah kebanyakan melakukan onani.Seperti halnya jenis ketagihan lain, ketagihan onani tentu memberi kesan negatif, baik bagi kesihatan mahupun mental secara semulajadi. Tanda anda sudah kebanyakan onani akan terlihat dari ciri-ciri yang dirasakan oleh anda sendiri. Misalnya anda lebih suka masturbasi dari melakukan hubungan seks normal, selalu ketagih mengulangi lagi jika ada kesempatan atau masa keseorangan, dan lain-lain.

Berikut Tanda Anda Sudah Ketagihan Pada Onani

Jika anda mendapatkan salah satu atau beberapa daripada ciri di bawah ini, segera periksa diri anda dan berusahalah yang terbaik mungkin mengurangkannya. Berikut ini 7 tanda anda sudah mengalami ketagihan, mari kita bahas satu per satu.

1. Menjadikan onani sebagai pelampiasan emosi

Ghairah seks memang kadang meningkat ketika emosi sedang tidak stabil. Salah satu penyaluran yang biasa dilakukan adalah dengan melakukan masturbasi. Jika anda selalu menjadikan onani sebagai pelampiasan emosi anda maka ada kemungkinan anda telah mula ketagih.

2. Timbul sakit pada kawasan kelamin

Aktiviti onani melibatkan rangsangan yang kuat pada kawasan kelamin secara terus menerus. Terlalu banyak mastubasi tentu akan menimbulkan kerosakan pada rangkaian yang terus menerus dirangsang. Akibatnya adalah timbul lecet pada kulit baik perempuan atau lelaki pada bahagian kemaluan atau yang paling teruk pembuluh darah menjadi rosak. Jika ini yang anda rasakan saat ini maka boleh dipastikan anda terlalu banyak beronani. Hentikan segera.

3. Timbul rasa malu

Menurut banyak doktor, kesan paling umum dari masturbasi adalah keadaan psikologi pelaku terganggu. Kesannya adalah menurunnya tingkat kepercayaan diri dan malu ketika berada di lingkungan sosial. Kesan-kesan psikologi seperti ini umumnya hanya dirasakan oleh orang yang melakukan onani sering berlaku. Golongan ini lebih suka bersendirian dari bersosial dengan rakan.

4. Taksub Dengan Perkara berkaitan Rangsangan Nafsu

Seperti orang yang taksub dengan makanan, maka orang yang taksub melakukan onani tidak boleh menghilangkan fikiran untuk melakukan onani dari fikirannya. Setiap ada kesempatan atau waktu luang, atau jika melihat sesuatu yang mengghairahkan, maka fikirannya selalu mencari cara untuk melakukan masturbasi.

5. Kerap Termenung dan Berasa Menyesal

Semua orang yang aktif melakukan onani mempunyai perasaan bersalah dan selalu berniat berhenti beronani setelah melakukannya. Malangnya niat berhenti itu timbul hanya sesaat, ketika ghairah ransangan bangkit lagi atau jika ada pencetus maka dia akan bermasturbasi lagi tanpa sedar.

6. Mengganggu Hubungan

Bagi pasangan suami isteri, beronani ini boleh jadi adalah salah satu variasi hubungan kelamin yang boleh dilakukan secara bersama-sama. Tetapi jika salah satu pasangan lebih menikmati masturbasi sendiri daripada bersama dan mempunyai kemungkinan mengganggu hubungannya dengan pasangannya, maka itu adalah petanda onani yang dilakukannya tidak normal lagi atau terlalu banyak.

7. Hidup dalam Kesepian

Jika anda merasa hampa, tidak mempunyai teman untuk berkongsi, malas beraktifitas dan lebih memilih melakukan masturbasi maka itu berarti anda sudah ketagih. Hal tersebut terjadi kerana kesan daripada hormon dopamin yang anda keluarkan ketika mencapai orgasme. Perkara ini sering menjadi kesedapan bagi mereka.

Video Tanda Wanita Sudah Ketagihan Onani

Bahaya Tabiat Onani baik Wanita ataupun Lelaki

Walaupun banyak doktor yang menyebut onani terlalu banyak tidak berbahaya dan tidak akan membuat sperma habis, aktiviti ini bukan bererti tanpa risiko sama sekali.

Banyak kajian telah membuktikan adanya penurunan kualiti hidup pada orang-orang yang terlalu banyak onani atau telah ketagih. Walaupun kesan paling umum terlihat sebatas hanya pada faktor perasaan tetapi masalah-masalah psikologi ini lambat laun tentu akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal juga.

Melancap berlebihan disebut-sebut boleh menyebabkan ejakulasi pra-matang, meski masih diperdebatkan tetapi beberapa kajian terkini telah membuktikan hal tersebut. Beberapa ahli terapi kelamin juga mendedahkan melancap boleh menimbulkan masalah ereksi suatu masa nanti.

Yang pasti, bahaya onani yang berlebihan akan dilihat secara psikologi dan dirasakan oleh pelaku sendiri. Kesan yang muncul secara amnya adalah timbulnya fikiran negatif dan jarang bergaul secara sosial dengan orang lain.

Jadi jika anda sudah mengalami salah satu daripada tujuh tanda terlalu banyak onani seperti dituliskan di atas, maka ada baiknya anda belajar menghentikannya. Perbanyakkan senaman untuk meningkatkan kualiti hudup anda. Bagi mereka yang beragama islam atau lainnya perbanyakkan lah mendekatkan diri kearah kerohanian.

Tags: #ketagihan onani #sakit beronani #sakit kelamin #tanda gadis suka onani #Tanda Wanita Sudah Ketagihan Onani #Video Tanda Wanita Sudah Ketagihan Onani