Afdlin Shauki Terima Anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam Negeri Selangor

Tahniah Afdlin Shauki, segala penat usaha dan keringat demi islam telah dibalas didunia lagi. Moga segala usaha beliau akan bertambah-tambah lagi. Ikon yang mula mendapat perhatian kini yang banyak bergiat bersama NGO dalam pembangunan islam di dalam dan diluar negara.

Afdlin Shauki melahirkan perasaan terkejut hingga hatinya bergetar ketika diumumkan sebagai penerima anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam oleh Selangor dalam program Gala Aspirasi Seni, malam tadi.

Berkongsi perasaan itu, Afdlin menulis di laman Facebooknya hari ini dan mengakui hampir menitiskan air mata ketika namanya disebut.

“Subhanallah... Dalam bertahun saya menjadi orang seni dan pelbagai anugerah diterima. Semalam bila mereka sebut nama saya (sebagai) penerima anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam.

“Saya betul-betul terkejut. Air mata nak berlinang turun dari mata,” tulisnya.

Gala Aspirasi Seni berlangsung semalam dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dan dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Mengulas lanjut, Afdlin akui bahawa anugerah itu merupakan paling bermakna dalam hidupnya sepanjang bergelar anak seni.

“Diletak sebagai seorang yang boleh menggerakkan orang ramai untuk mendekati Islam melalui seni adalah satu penghormatan yang bermakna bagi saya walaupun ianya tak glamor

“Insyaa-ALLAH saya akan terus istiqamah. Terima kasih Jais dan pihak penganjur semalam,” katanya kepada Sinar Harian

Biodata Afdlin Shauki Yang Patut kita tahu

Tags: #Afdlin Shauki Terima anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam Negeri Selangor #anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam #Biodata Afdlin Shauki #Gala Aspirasi Seni Selangor