Akibat Fenomena El Nino TNB Mencatatkan “Watt” Tertinggi Dalam Sejarah Malaysia

Akibat Fenomena El Nino Malaysia

Akibat Fenomena El Nino Malaysia

Sejak Malaysia mengalami cuaca panas akibat fenomena El Nino kini kontraktor pendingin hawa tersenyum setiap hari. Mereka menerima tempahan pemasangan alat pendingin hawa (aircond) yang banyak atas pemintaan yang banyak dari pelanggan yang tak mampu berpanas lagi.

Walau begitu, TNB adalah yang terkesan dengan keadaan fenomena ini.

Tenaga Nasional Berhad mencatatkan jumlah watt tertinggi dalam sejarah Malaysia pada Rabu (9 Mac 2016) iaitu sebanyak 17,175 megawatt (MW).

Ini berikutan fenomena El Nino yang menyaksikan tenaga elektrik melonjak sejak Isnin sehingga waktu puncak pada 17,000MW.

"Ini memecah rekod permintaan tempoh masa puncak pada 16,901 MW yang direkodkan pada 6 Jun, 2014 lalu.

"Berikutan penjanaan elektrik yang mencukupi, permintaan tinggi yang diunjurkan ini tidak akan memberikan impak ke atas kebolehpercayaan bekalan tenaga," kata TNB dalam satu kenyataan Jumaat.

Sementara itu, pengguna dinasihatkan untuk mengamalkan langkah kecekapan penggunaan bekalan elektrik semasa waktu puncak.

Gunalah elektrik dengan bijak memastikan kita tetap berjimat.

Tags: #Akibat Fenomena El Nino Malaysia #alat pendingin hawa #cara jimat elektrik mudah #elektrik waktu puncak #Fenomena El Nino Malaysia #kontraktor pendingin hawa #Tenaga Nasional Berhad #Tenaga Nasional Berhad jumlah watt tertinggi