Aksi Siaran Langsung Piala Malaysia Kedah Vs Selangor, Kedah Yakin Benam Selangor.

Siaran Langsung Final Piala Malaysia Kedah vs Selangor

Siaran Langsung Final Piala Malaysia Kedah vs Selangor

Aksi Siaran Langsung Piala Malaysia: Kedah vs Selangor. Kita akan saksikan 2 tahun berturut-turut Kedah mengejar kejuaran Piala Malaysia. #TMPialaMalaysia2016 Sentiasa menyajikan perlawanan terbaik. Ikuti siaran langsung perlawanan melalui siaran Media Prima TV3 dan secara online di Tonton.

SEBANYAK 50 buah bas diperuntukkan oleh Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah kepada penyokong Hijau Kuning yang mengikuti rombongan ke final Piala Malaysia 2016 pada 30 Oktober ini.

final-piala-malaysia-kedah-vs-selangor-2016

IMBUHAN wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah sekiranya berjaya menewaskan Selangor pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, skuad Lang Merah juga akan menyertai perlawanan persahabatan di luar negara sebagai bonus tambahan sekiranya menjulang trofi Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2008.

"KFA memutuskan untuk memberi (imbuhan) sebanyak RM20,000 dan kerajaan negeri menambah RM5,000 bagi menaikkan lagi semangat pemain," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemain Kedah di sebuah hotel, di Subang Jaya, malam tadi.

Penyokong Pasukan Kedah Piala Malaysia 2016| KEDAH VS SELANGOR LIVE

Penyokong Pasukan Kedah Piala Malaysia 2016| KEDAH VS SELANGOR LIVE

Negeri Kedah Cuti Isnin 

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa di Kedah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat negeri berkenaan yang memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan sehingga mara ke final Piala Malaysia.

Pengumuman cuti peristiwa itu, kata Ahmad Bashah, selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951.

"Sekiranya majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari tersebut, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan.

"Namun begitu, majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari Isnin tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan," tegas Ahmad Bashah. – Bernama

Tags: ##TMPialaMalaysia2016 #Final Piala Malaysia Kedah vs Selangor #Negeri Kedah Cuti Isnin #Siaran Langsung Piala Malaysia Kedah vs Selangor