Alangkah Mudahnya Berblog Guna WordPress Dari Blogger Dot Com, Betul…

Posted on

Blogger atau wordpress

Macam berlagak pulak tajuk post kali ini. Tapi ini memang kenyataan… memang mudah bina WEBSITE GUNA WORDPRESS DARI BLOGSPOT “aka” Blogger dot com.
Kenapa tak pecaya ke?…

Kali ini sya tak tulis panjang-panjang WordPress vs Blogger dot com, tapi aku bagi korang faham kenapa saya kata platform CMS ni lebih hebat dari HTML. Tapi korang kena faham jugak,..
apa yang ditulis ni takde kena mengena dengan “WORDPRESS dot COM“.

Apa itu WordPress?

WordPress adalah sebuah Content Management System (CMS) yang bersifat open source. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, WordPress merupakan sebuah software yang akan memudahkan anda untuk membuat website dan mengelola artikel secara online.

Sehingga kini, WordPress merupakan CMS terpopular di dunia.

Tentu anda perasan bila kita berkunjung ke website yang hebat-hebat kebanyakkan website tersebut menggunakan WordPress dan Perlu anda tahu, 25% website di internet dibangunkan dengan WordPress. Nah, kenapa?…

Sudah tentulah sebab membangunkan website wordpress ini cukup mudah semudah 1..2..dan 3.
Anda yang newbie pun boleh bangunkan website simple dengan wordpress dalam tempoh 30 minit… betul!

Bahkan website-website terbesar di dunia pun menggunakan WordPress.
Ini beberapa di antaranya:

Wordpress website

Untuk selengkapnya ada di halaman ini.

Apakah perbezaan di antara WordPress.com dan WordPress.org?

WordPress.com adalah perkhidmatan yang menjadi tuan rumah kepada blog WordPress.
WordPress.org pula adalah satu komuniti di mana orang bekerja pada perisian sumber terbuka WordPress. Perisian WordPress akan dimuat turun untuk dijalankan pada pelayan web anda sendiri.

Masih keliru? Anda boleh baca perbezaan di halaman ini dengan lebih terperinci.

WordPress dot com dan WordPress dot org

Pertama, kita bahas dulu kedua saudara kembar ini sebelum secara automatiknya anda akan faham juga konsep Blogspot itu sendiri.

Walaupun sama namanya dan berasal dari platform atau syarikat yang sama, tapi WordPress.org dan WordPress.com mempunyai perbezaan yang amat ketara.

Lebih mudah untuk kita faham, WordPress.org merupakan layanan self hosted, sedangkan WordPress.com merupakan layanan hosted.

Apa pulak tu?

Macam ni, hosted atau self hosted itu kita ibaratkan seperti tempat tinggal atau rumah kediaman:

1. Self hosted itu ibarat rumah peribadi. Rumah yang sepenuhnya milik anda sendiri, di tanah sendiri, dan bukan milik orang lain.

2. Hosted pula diibaratkan seperti flat. Tanahnya bukan milik anda, anda hanya punya sebuah unit di blok tersebut dan rumah itu pula milik orang lain.

(Blogger.com juga termasuk hosted)
Sudah dapat gambarannya?
Jadi, WordPress.org self hosted ini 100% milik anda.

Sekarang, mari kita bandingkan ketiganya dari pelbagai aspek.

Bagi saya, perbezaan yang ketara sekali diantara blogspot dengan wordpress dot org adalah dalam hal hosting dan domain, blogspot percuma dan wordpress.org itu berbayar. Oleh sebab itu saya hanya katakan perbezaan antara blogger atau blogspot dengan wordpress (wordpress dot org) dari segi domain pula (alamat blog) dan dari segi hosting (tempat di mana kandungan blog itu disimpan).

Blogspot atau Blogger

Domain: Percuma, namun akan ada nama .blogspot.com di belakang domain pilihan Anda (contoh, www dot namaanda dot blogspot dot com). Anda juga boleh menggunakan nama domain sendiri pilihan Anda (custom domain) dan cara menghubungkan domain dengan Blogspot tersebut bergantung dimana anda membeli domain tersebut.

Jika Anda membeli domain di tempat yang cukup ‘terkenal’ harga biasanya diantara USD $10-$15 per tahun, malah ada juga domain yang lebih murah antaranya “dot XYZ, dot INFO” dan lain-lain. Cara menukar domain didalam blogger ini amat mudah tetapi bagi yang masih baru kadang-kadang sikit teknikal. Anda boleh ke halaman ini untuk lebih faham.

Hosting:

Percuma…percuma dan percuma.
Boleh menampung traffik yang banyak. Bayangkan jika blog Anda dikunjungi 40 ribu pengunjung setiap hari atau 1.000 orang lebih setiap jam, memang terbaik.
Kapasiti hosting yang sangat besar atau mungkin boleh dikatakan tidak terbatas sesuai dengan GOOGLE sebagai pendukungnya. Malah server hosting yang cepat.

WordPress.com

Penjelasannya sama dengan blogspot atau blogger di atas baik dari segi hosting atau domain.

WordPress.org

Domain: Berbayar. Anda harus membayar langganan setiap tahun kepada tempat dimana Anda membeli domain .

Hosting: Berbayar. Paling sedikit USD 25 setahun.
Semakin besar bayaran pembelian hosting, semakin besar dan baik pula fasiliti yang Anda akan dapat. Paling tidak anda mesti membayar sekurangnya USD 67 sebulan untuk hosting seperti blogspot dot com.

Bagi saya untuk hosting ini saya lebih gemar menggunakan Digital Ocean + ServerPilot. Hosting Digital Ocean + ServerPilot amat murah tetapi seperti hosting blogspot dot com. Itulah kelebihan menggunakan NGINX. Saya akan ceritakan kemudian secara detail Digital Ocean + ServerPilot kemudian. Anda boleh ke halaman ini untuk lebih lanjut.

OK la.. kadang-kadang bercerita panjang anda mula bosan.

Saya kongsikan video dari seorang developer website yang lebih mahir untuk anda tonton.

Save

Save