Anak Che Ta, Aaisyah Dhia Rana Dirai Bagaikan Puteri

291 views

KUALA LUMPUR : Pasangan selebriti terkenal, Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah mengadakan satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran yang pertama anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana di White Places, Damansara pada 1 November 2015.Berkonsepkan Enchanted Garden Party dan bertemakan warna putih, majlis itu dihadiri ahli keluarga terdekat Che Ta dan Zain Saidin, teman rapat serta pihak media.

Menurut Astro Gempak, antara tetamu yang hadir ialah Sasha Saidin, Ayu Raudhah, Zaquan Adha dan pengarah, Michael Ang.

Aisyah kelihatan bagaikan bidadari dalam busana berwana putih.

Beberapa keping gambar majlis telah dikongsikan oleh Rozita melalui laman Instagramnya.

 

Tags: #Berita terkini malaysia #terkini 24 jam berita