Aneh! Pocong Menjelma Waktu Siang Di Jalan Hulu Langat – Ampang

253 views

pochong-siang

Pocong mampu menjelma di waktu siang hari. Memang jarang kita sedari dan diceritakan. Namun perkara ini berlaku di jalan Hulu Langat - Ampang.

Hulu Langat: “Saya hampir diserang sakit jantung sebaik terserempak objek menyerupai hantu pocong yang sedang berdiri tegak di atas kereta di tepi jalan,” ujar seorang pemandu kereta, Imran Mohd Yahya, 29.

Menurutnya, kewujudan ‘hantu’ itu disedarinya jam 7 pagi semalam, ketika melalui Taman Pinggiran Delima di sini, menuju ke Ampang.

“Objek itu didapati sengaja didirikan di bahagian belakang kereta yang rosak dan ditinggalkan di tepi jalan dipercayai dengan tujuan untuk menakutkan orang ramai.
“Mujur tiada kemalangan jalan raya berlaku akibat rasa panik pemandu kenderaan yang melalui kawasan sunyi itu,” katanya.

Kejadian itu juga turut menjadi viral di media sosial Facebook apabila rata nitizen mengecam tindakan pihak tertentu menakutkan pengguna jalan raya.

Seorang lagi pengguna jalan raya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Syafiq, 29, berkata, dia menggunakan laluan itu saban hari untuk ke tempat kerja.

“Hampir gugur jantung saya sebaik melihat ‘pocong’ itu berdiri di atas kereta. Ini adalah kejadian kali pertama dialami dan perkara ini tidak dibuat main-main,” katanya, ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, perbuatan itu boleh mendatangkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang terkejut apabila melihat objek berkenaan.

Salah seorang penduduk berhampiran, Lukman, 65, berkata, suami isteri dilihat menurunkan objek berkenaan dari atas kereta rosak itu.

“Mereka juga turut memeriksa kawasan itu dan menjumpai barangan peralatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibuang di kawasan berkenaan,” katanya.

Dia berkata, kawasan itu sering dijadikan tempat pembuangan sampah dan tiada tindakan diambil bagi membersihkan lokasi itu.

Sumber : Metro 

Tags: #pocong jalan hulu langat - ampang #Pocong Menjelma waktu Siang