Annuar Kekal Bertanding Presiden FAM?

79 views

[ad_1]

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa membayangkan beliau akan kekal bertanding dalam pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Annuar berkata, setakat ini beliau merupakan calon tunggal untuk mengisi jawatan itu, namun jika berlaku pertandingan, ia akan berlangsung dengan baik dan semangat kekeluargaan bola sepak Malaysia.

Beliau turut memberi jaminan tidak akan berkempen bagi melobi jawatan berkenaan serta dan tidak akan berasa kecil hati andai tidak terpilih menjadi Presiden FAM yang baharu.

“Perwakilan pun cuma 39 orang termasuk saya. Saya tiada kempen, tiada lobi. Menang, kalah tiada masalah dan tiada kecil hati.

“Pertandingan juga saya percaya bebas rasuah dan sogokan dalam apa jua bentuk. Lagipun itu yang kita mahu dalam FAM iaitu bersih,” katanya di Facebook hari ini.

Annuar bagaimanapun mengingatkan bahawa Presiden FAM baharu yang bakal dipilh perlu bersikap bebas dan tidak membuat keputusan siapa pegawai atau jurulatih secara sendirian.

Kata beliau, sebarang keputusan berhubung masa depan bola sepak Malaysia perlu dibuat dalam semangat musyawarah dan semangat sebagai sebuah pasukan.

“Biar semua bebas bersuara dan beri pendapat. Kebebasan menegur mengkritik perlu kita galakkan. Tiada tindakan atau penggantungan semata-mata kerana mengkritik.

“Keharmonian keluarga besar bola sepak Malaysia kita cuba pupuk. Kita akan bekerjasama dengan menteri dan kerajaan serta semua pihak yang boleh memajukan bola sepak,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

[ad_2]

Tags: #Annuar #bertanding #fam? #Kekal #Presiden