Anugerah Puskas FIFA 2016 Menjadi Taruhan Malaysia GOL Istimewa Mohd Faiz Subri

Posted on

Nama Mohd Faiz Subri menjadi sebutan ramai di seluruh dunia, selepas pemain bola sepak Pulau Pinang itu menjaringkan satu gol istimewa.Tendangan pemain berusia 28 tahun ini bukan sahaja mengejutkan penjaga gol pasukan lawan, malah dianggap bercanggah dengan hukum fizik.

http://a.espncdn.com/combiner/i/?img=/photo/2016/0217/r55025_1296x729_16-9.jpg&w=738&site=espnfc

Jaringan Mohd Faiz dikongsi peminat bola sepak di seluruh dunia melalui media sosial dan pihak FAM telah menghantar pemohonan ke Anugerah Puskas yang diperkenalkan FIFA pada 2009, bagi mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol paling cantik dalam tempoh setahun.

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengucapkan terima kasih atas cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencalonkan gol sensasi pemain Pulau Pinang, Faiz Subri untuk Anugerah Puskas FIFA 2016.

Dalam surat bertarikh 14 Mac 2016 dari ibu pejabat FIFA di Zurich, Switzerland yang ditandatangani Pemangku Setiausaha Agung FIFA Markus Kattner itu, badan dunia itu mengesahkan bahawa gol Faiz itu masih ada peluang untuk disenaraikan dalam 10 calon terakhir bagi anugerah berprestij jaringan gol terbaik dunia.

Bagaimanapun, seperti calon-calon lain, FIFA tidak memberi sebarang jaminan bahawa ia akan tersenarai.

Terdahulu dalam surat yang dihantar kepada FIFA pada 22 Februari 2016, FAM mencadangkan agar gol dijaringkan pemain berusia 29 tahun itu dapat disenaraikan sebagai antara calon Anugerah Puskas FIFA 2016.

Jaringan unik itu dilakukan menerusi sepakan percuma dari jarak kira-kira 32 meter pada minit ke-62 ketika perlawanan Liga Super 2016 antara Pulau Pinang bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari 2016.