Bas Bawa Muatan Empat Motosikal Hangus Terbakar Di Alor Gajah

955 views

ALOR GAJAH: Sebuah bas persiaran dua tingkat yang membawa muatan empat motosikal pelbagai jenis hangus terbakar di kilometer 209.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di Alor Gajah, Melaka malam tadi.

bas terbakar

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.50 malam itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah bersama kekuatan 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan pada jam 7.53 malam.

Menurut, Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Melaka, Kamarulzaman Mohd Din, ketika kejadian bas yang sedang menghala ke selatan itu turut dinaiki lapan penumpang.

Bagaimanapun kesemua penumpang termasuk pemandu bas terselamat.
Difahamkan sebelum kejadian bas terbabit terbakar, saksi mendengar beberapa kali letupan kecil sebelum api marak dan menyebabkan bas terbakar sepenuhnya.

Selain itu, kebakaran itu turut mengakibatkan  kesesakan trafik lebih empat kilometer.

Api berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian.

Punca kejadian sedang disiasat.

Malaysia - Astro Awani

Tags: #Bas hangus terbakar di Alor Gajah #kilometer 209.0 Lebuhraya Utara Selatan