Biodata Fatin – Juara Clever Girl Malaysia 2016

2310 views

Tahniah kepada Fatin yang mewakili Negari Kelantan yang telah di nobatkan Juara pertama Clever Girl Malaysia 2016. Mari kita kenal Biodata Fatin.

Sudahkah anda mengenali siapa Fatin?

Fatin Juara Clever Girl Malaysia

Fatin Juara Clever Girl Malaysia

Biodata Fatin - Juara Clever Girl Malaysia 2016 

Nama Penuh: Fatin Nuraisya Binti Mohd Hanipha
Nama Panggilan: Fatin
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, International Islamic
University Malaysia
Negeri: Kelantan

 

 

Fatin Juara Cleaver Girl Malaysia

Fatin Juara Cleaver Girl Malaysia

 

Keputusan Rasmi Juara Clever Girl 2016 TV3 Akhir

Juara: Fatin dari Kelantan (Trofi + Wang Tunai RM100,000)

Selaku juara Fatin membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta Trofi.

Fatin Juara Clever Girl Malaysia

Fatin Juara Clever Girl Malaysia

 

Kontrovesi di sebalik rancangan Clever Girl Malaysia

Berdepan dengan kritikan penonton, penerbit rancangan kuiz “Clever Girl Malaysia” meminta orang ramai agar menghentikan kecaman terhadap 14 peserta wanita yang dakwanya mempunyai tahap IQ yang “sangat tinggi”.

Menurut Shazreena Kassim, sesetengah peserta rancangan itu berasa gemuruh berdepan dengan cabaran sehingga tampak seperti kurang bijak menjawab soalan yang diajukan.

“Sebagai penerbit yang mengendalikan program baharu, segala kritikan diterima dengan hati yang terbuka. Cuma janganlah mengecam peserta secara berlebih-lebihan,” kata Shazreena dalam laporan portal BH Online.

“Mereka sangat bijak sebenarnya, cuma kerana gugup, jawapan betul yang patut diberikan menjadi salah pula.

“Mengatasi sifat gemuruh juga antara ujian buat mereka kerana ia mampu memberikan fokus yang penuh dalam melunaskan tugasan diberi,” tambahnya.

“Clever Girl” menampilkan 14 wanita mewakili 14 negeri berlainan untuk menjadi peserta paling pintar dan merebut hadiah RM100,000.

Antara kritikan penonton termasuklah kepada peserta Wan Zarith Sofea yang mewakili Johor, apabila tidak dapat membezakan antara tokoh kemanusiaan Katolik Mother Teresa dan pemimpin India Mahatma Gandhi.

Peserta dari Selangor, Arina Mohd Fairin pula dikritik kerana gagal menjawab soalan mudah tentang bilangan warna dalam bendera Malaysia.

Penonton juga mengecam rancangan tersebut kerana mendakwa cuma ada tiga filem karyawan P. Ramlee yang mempunyai “bujang lapok” dalam tajuknya, apabila sebenarnya ada empat: Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

“Clever Girl Malaysia” disiarkan di saluran TV3 sejak 13 Mac dan telah menobatkan Fatin dari Kelantan sebagai juara musim pertama.

Biodata Fatin - Juara Clever Girl Malaysia 2016

 

 

Incoming search terms:

  • profail fatin hamimah

Tags: #Clever Girl Malaysia 2016 #Fatin clever girl #Fatin Nuraisya Binti Mohd Hanipha #Juara Cleaver Girl Malaysia 2016 #Keputusan Rasmi Juara Clever Girl 2016 TV3 Akhir #rancangan Clever Girl Malaysia