Bot Pecah Dua Selepas Empat Minit Perjalanan – Mangsa

98 views

[ad_1]

TAWAU: Bot laju yang membawa 15 orang termasuk juragan didakwa pecah dua dibadai ombak kuat, empat minit selepas meninggalkan jeti Batu Dua di sini menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia, tiga hari lepas.

Tragedi petang Selasa itu menyaksikan hanya pasangan suami isteri, Budiman Muslimin, 26, dan Hasmidah Masaniaga, 24, terselamat setakat ini.

“Empat minit selepas bertolak dari kawasan Batu Dua, bot pecah dua,” kata Budiman ketika ditemui Bernama di Hospital Tawau di sini pada Khamis.

Dia yang turut kehilangan anak perempuan berusia setahun dalam tragedi itu, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan semua penumpang termasuk kanak-kanak menjerit ketakutan apabila bot mula karam.

“Waktu itu keadaan kelam-kabut tetapi tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi. Yang pandai berenang mungkin masih selamat tetapi yang tidak pandai mesti lemas.

“Anak saya sudah mati, tapi saya tidak berdaya menyelamatkannya (ketika itu),” kata Budiman yang menambah dia membawa isteri dan anak perempuannya melawat keluarga di Lahad Datu sebelum kembali ke Sungai Nyamuk.

Sementara itu, isterinya Hasmidah berkata dia dan Budiman berenang lebih 10 jam sebelum diselamatkan oleh sekumpulan pemancing dan orang kampung di Pantai Batu Payung semalam.

Menurutnya mereka berdua berenang sambil berpaut pada satu jaket keselamatan.

“Kami hanya berdoa dan keadaan isteri saya sudah lemah namun kami terus berenang sehingga ada yang terdengar jeritan kami meminta tolong,” kata Budiman.

Dalam kejadian petang Selasa itu, bot laju yang membawa 15 warga Indonesia termasuk juragan menuju Sungai Nyamuk, Indonesia karam dipukul ombak besar tidak lama selepas meninggalkan jeti Batu Dua pada 5.30 petang.

Setakat ini polis mengesahkan enam mayat ditemukan di Laut Sebatik, Indonesia. — Bernama

Incoming search terms:

[ad_2]

Tags: #empat #mangsa #minit #pecah #perjalanan #selepas