British American Tobacco Malaysia Naikkan Harga Rokok Mulai Esok 4-11-2015

KUALA LUMPUR: Syarikat rokok British American Tobacco Malaysia akan menaikkan kesemua harga rokok di bawah jenamanya berkuatkuasa Rabu.Menurut Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan Selasa kenaikan harga rokok ini mengambil kira jumlah yang dibenarkan oleh kenaikan cukai eksais dan kesannya terhadap Cukai Barang dan  Perkhidmatan (GST) serta tekanan kos syarikat.

Harga baharu rokok Dunhill; Kent; Benson & Hedges (RM17), Peter Stuyvesant, Pall Mall (RM15.50) dan Lucky Strike Plain (RM17.50).

Harga rokok popular seperti Dunhill, Kent, Benson & Hedges menjadi RM17.
Sementara harga bagi jenama Peter Stuyvesant, Pall Mall menjadi RM15.50 dan Lucky Strike Plain RM17.50.
"Pasaran tembakau yang sah di sisi undang-undang merosot sebanyak 10% pada September tahun ini berbanding September tahun lepas.

"Kenaikan melampau eksais rokok ini susulan daripada kelemahan ekonomi dan sentimen pengguna yang menyebabkan semakin banyak rokok seludup, di mana satu daripada 3 pek rokok diimport secara haram.

"Kami tidak boleh bayangkan kesan kenaikan harga lebih 40% ini terhadap industri," kata Clini.

Katanya, industri itu sudah pun mengalami kenaikan eksais rokok sebanyak 12% setahun yang lalu pada 1 November 2014.

"Ini diikuti oleh pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6% mulai 1 April tahun ini.

"Oleh itu, British American Tobacco terpaksa menaikkan harga rokok, dengan mengambil kira jumlah dibenarkan kenaikan cukai eksais itu serta kesannya terhadap GST dan tekanan kos inflasi."

 

Tags: #Berita terkini malaysia #British American Tobacco Malaysia #Harga rokok naik november 2015 #terkini 24 jam berita