Bro, Jangan Kerap Sangat Onani!

3718 views

Kebanyakan kaum lelaki kebiasaannya tidak boleh lari dari melakukan onani atau melancap namun kekerapan setiap orang mungkin berbeza. Bukan tak ada yang langsung tak onani, tapi agak mustahil untuk jumpa "lelaki suci dari onani" lebih-lebih lagi di zaman sekarang.

Oleh kerana melancap mudah dilakukan, ramai yang melakukannya berlebihan dan tidak perasan bahawa mereka menghabiskan tenaga hayat mereka. Melancap bukanlah soal prinsip moral, ia adalah suatu kenyataan saintifik yang perlu difahami dengan matang.

Mungkin topik ini agak lucah dan terbuka, namun brader perlu mengambil tahu kesan dan bahayanya perbuatan onani pada kesihatan.

Menurut Pakar Kesihatan Lelaki, Dr Ismail Thambi, onani akan memberikan kesan buruk jangka masa panjang jika onani diamalkan dengan kerap.

Masalah onani membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.

Ini Kesan Buruk Jika Selalu Onani/Melancap

– Zakar menjadi lembik dan layu

– Gagal untuk bertahan lama

– Boleh menyebabkan kemandulan

– Selalu Letih dan mengantuk

Selain itu, onani yang kerap juga memungkinkan anda berdepan dengan risiko mati pucuk dan benih (sperma) menjadi tidak subur. Tambahan lagi, zakar mempunyai tisu lembut yang tidak boleh dirangsang dengan keras. Kerana itu ia hanya sesuai dirangsang melalui salur faraj wanita sahaja. Jadi, gunakan lah zakar anda disaluran yang betul apabila tiba masanya.

Tags: #kerap Onani #kesan Onani #melancap guna sabun #suka melancap