Captain America: Civil War Kemunculan Spiderman Dalam Trailer Mengejutkan?

933 views
Spiderman Captain Amerika Civil War

Spiderman Captain Amerika Civil War

Captain America: Civil War akan ditayangkan di Malaysia pada 28 April 2016 nanti. Banyak persoalan dikepala peminat mengenai kesinambungan filem Captain Amerika ini. Terlihat di dalam trailer pergaduhan diantara Iron Man dan Captain America. Kenapa itu berlaku?

Malah saat yang dinanti-nanti oleh para peminat dunia filem Marvel akhirnya telah tiba. Spiderman akhirnya membuat kemunculan bersama adiwira lain di dalam versi filem Captain America: Civil War kali ini.

Dalam trailer terbaharu Captain America: Civil War, Spiderman muncul pada lapan saat terakhir trailer tersebut. Babak berkenaan menunjukkan adiwira dengan kuasa labah-labah itu membantu Iron Man.

Tom Holland dipilih oleh Marvel untuk melakonkan watak tersebut yang sebelum ini pernah dibawa oleh Tobey Maguire dan Andrew Garfield.

Trailer yang disiarkan kini viral dengan lebih enam juta tontonan di YouTube dan 11 juta tontonan di laman Facebook rasmi filem tersebut. Cukup hebat dalam rangka promosi untuk filem ini.

Marvel berjaya memasukkan karakter Spiderman dalam filem terbitan mereka selepas menandatangani perjanjian kerjasama Februari tahun lalu dengan Sony yang sebelum ini memiliki hak milik mutlak bagi penggunaan karakter tersebut.

Filem arahan adik-beradik Anthony dan Joe Russo ini dibarisi pelakon bintang seperti Robert Downey Jr, Scarlett Johannson, Chris Evans, Paul Rudd, Gwyneth Platrow, dan Don Cheadle.

Captain America: Civil War akan menemui para peminat di Malaysia pada 28 April ini. Jangan ketinggalan.

Tags: #Captain America: Civil War #Captain America: Civil War spiderman trailer #Trailer Captain America: Civil War Viral