Cara Mudah Bertudung Tips Terbaik Gerenti Cantik #kebabom

Posted on

Wanita Malaysia Islam tidak dapat lari dari bertudung. Baik dari zaman persekolahan sampailah menuju hujung usia. Bertudung itu wajib bagi penganut agama Islam. Kerudung atau tudung memainkan peranan penting dalam membentuk ketrampilan yang bergaya dan kesesuaian amat pentaing bagi pemakainya.

Kini ada pelbagai jenis tudung yang menjengah pasaran. Dari yang berharga di bawah Rm 5.00 sehingga ke ribuan ringgit mengikut jenis dan gred kain. Tidak perlu diperkenalkan lagi jenama yang sering menjadi pilihan pembeli, tetapi disini akan di ceritakan bagaimanakah kesesuaian tudung itu dengan bentuk rupa anda supaya lebih menjadi menarik.

Seperti pakaian, ramai tidak tahu pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Sebab itu ada tudung yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan bagi wanita lain. Justeru, bagi memastikan keselesaan, pastikan memakai terlebih dulu tudung yang dibeli. Di bawah terdapat beberapa panduan mengenai pemilihan gaya tudung mengikut bentuk wajah

1. Wajah bujur Bentuk (Oval) Bertudung

credit gambar : www.zolace.com
credit gambar : www.zolace.com

Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

2. Muka panjang (Long)

Gambar dari Sugarscarf
Gambar dari Sugarscarf

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

3. Muka bulat (Round)

Gambar dari Radiusite
Gambar dari Radiusite

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

4. Muka berpetak (Square)

Gambar dari imaanboutique
Gambar dari imaanboutique

Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

5. Segi tiga (Heart)

Gambar dari Shawlbyvsnow
Gambar dari Shawlbyvsnow

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

15 thoughts on “Cara Mudah Bertudung Tips Terbaik Gerenti Cantik #kebabom

  1. ideo mobi condo on nutมาดูรายละเอียดคอนโด ไอดีโอ โมบิ สุขุมวิท ลักษณะห้องและขนาดห้อง Studio, 1
    Bed, 2 Bed, Duplexขายดาวน์ ideo mobi อ่อนนุช

  2. Thanks for every other informative web site. The place else could I get that type of info written in such
    an ideal manner? I’ve a venture that I am just now working
    on, and I’ve been on the look out for such info.

  3. What i don’t realize is actually how you are no longer really much more smartly-preferred than you might
    be now. Yoou are so intelligent. You understand theresfore significantly relating to this topic, made me inn my opinion consider it from
    so many numerous angles. Its like men and women are not
    involved until it’s one thing to accomplish with Lady gaga!
    Your personal stuffs excellent. Always deal with it up!

  4. Although your destination town or city might offer reliable transportation services, you’ll likely wind up walking to some areas, and you’ll enjoy yourself
    more if you’re wearing a pair of top travel walking shoes for ladies that are
    both comfy and elegant.

  5. The most well-known of septic system parts, the septic
    tank is made from cement, steel, fiberglass, or plastic; it is a large
    holder for incoming wastewater that must be digested and separated.
    Some day you will have to divide your worms and start a new farm because of their rapid reproduction rate.
    Waste water treatment is a series of steps conducted to remove contaminants from septic systems, sewer lines, grease traps and other non-hazardous collections.

  6. The nesting box really should be in ways that it is going to present security
    to the chicken and it need to be also secure and huge enough to help them to lay eggs.

    There can be thousands of plans, designs, and ideas for buildings chicken coops,but we have put all of these ideas into one simple and easy to follow “Build Your Own Chicken Coop” guide.
    They are hunted for their flesh which is used as high quality leather and their liver which is an excellent source
    of vitamin A.

  7. It’s much easier to clean if the water flows back down near the door so a
    sloped floor towards the door is a must. Budget: Finally, you should consider the budget before building the chicken coop.
    We buried darling Jessica next to our beloved and adored
    dogs, Voguie and Cosmo.

  8. You’re so cool! I do not think I’ve read anything like this before.
    So good to discover another person with some original thoughts on this subject matter.
    Seriously.. thanks for starting this up. This web site is one thing that’s needed on the internet, someone with a bit of originality!

Comments are closed.