Cara Mudah Memohon Kad Diskaun KTMB I-card (student) Perkhidmatan KTM Intercity & KTM Komuter

Pelajar mahupun ibubapa/penjaga kepada pelajar pastinya rasa juga sedikit kesan apabila harga tiket komuter naik baru-baru ini. Walaubagaimanapun pada 7 Disember 2015, pihak KTMB telah memperluaskan penggunaan kad konsesinya untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang. Dimana para pelajar yang menggunakan perkhidmatan komuter boleh memohon Kad Diskaun KTM i-card student untuk melayakkan mendapat diskaun atau konsesi perjalanan dengan mempamerkan kad ini di kaunter tiket Komuter Lembah Klang sebelum membuat pembelian tiket. Bagaimana cara untuk memohon Kad diskaun KTM i-card student?

KTM i-Card Student mempunyai kelebihan tertentu. Sudah pasti anda perlu mengetahuinya. Antara kelebihan kad ini adalah mendapat konsesi perjalanan seperti jadual dibawah

Cara Memohon Kad KTM i-Card Student

1. Lengkapkan Borang Permohonan Muka 1 dan Borang Permohonan Muka 2 dan juga isi Borang Pengesahan Pelajar ( klik untuk download borang dan surat pengesahan pelajar)

2. Setiap permohonan KTM i-Card Student dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 31.80 (termasuk GST) dan simpan resit untuk tujuan rujukan dan bukti pembayaran.

2. Hantarkan borang anda ke Pusat Penerimaan Borang KTMB i-card student seperti jadual di bawah.

Setiap permohonan yang kengkap akan diproses dan kad yang telah siap diproses akan dihantar stesen mengikut pilihan pemohon dan makluman mengenai status kad tersebut akan dimaklumkan melalui telefon dan email.

Pemohon boleh mendapatkan Kad KTM i-Card serta merta sekiranya permohonan dibuat di kaunter KTMB KL Sentral sahaja.

Syarat dan Terma Kad KTM i-Card Student

-Pelajar Kolej/Universiti di Malaysia.
-Terbuka untuk semua warga negara.
-Yuran tahunan RM30.00.
-Surat pengesahan pelajar Kolej/Universiti mesti disertakan.
-Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian.

Senarai Semak Pemohonan KTMB i-Card.

-Pemohon mesti mengisi Borang
-Permohonan KTMB i-Card.
-Sertakan bersama surat pengesahan Kolej/Universiti.Yuran dibayar secara tunai.
-Proses permohon boleh dilakukan di kaunter tiket KTMB di Aras 2, Stesen KL Sentral.
-Operasi kaunter adalah dari hari Isnin – Jumaat .
-Waktu operasi kaunter adalah dari jam 0800 sehingga 2030.
-Borang permohonan dan surat pengesahan pelajar/borang boleh dimuat naik di www.ktmb.com.my atau diperolehi di kaunter Kad Diskaun, KL Sentral.

Incoming search terms:

  • cara guna i-kad ktmb
  • cara pembayaran kad ktmb
  • ktm permohonan studentcard

Tags: #harga tiket ktmb #Jadual ktm intercity #Kad diskaun KTM i-card student #ktm discount card #KTM i-Card Student #ktm i-card tiger #ktmb seat availability #memohon Kad Diskaun KTM i-card student #pengangkutan skyscrapercity #Pusat Penerimaan Borang KTMB i-card student #Tambang ktmb ets ipoh #Terma & Syarat KTMB i-Card