Cara Mudah Selesaikan Hutang

3198 views

Bagaimana Nabi Mengajar Kita Untuk Keluar dari Beban Hutang?

Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul. Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan berhutang mengikuti apa kata orang mau.

Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang hutang berkepanjangan.

Berikut adalah doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada kita yang baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang.

Apa yang kita maklum, berdoa sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Duit tidak datang dengan sendirinya selepas kita mengaminkan sesuatu doa. Namun doa yang Nabi saw ajar ini mengandungi pengajaran yang penting.

Berikut adalah langkah yang perlu kita buat apabila mahu keluar dari bebanan hutang.

1. Hilangkan perasaan susah dan sedih
Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini. Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana sebegini besar, ada di mana mana hutangnya . Iyalah, hutang sudah mengelilingi pinggang. Justeru itu , kita akan akui bahwa kita ada hutang.

Ya, kita akui. Bukan berada dalam penafian . Jangan hindari tapi hadapi situasi tersebut. Ini adalah langkah pertama yang paling penting, akui kesalahan masalah kewangan kita dan tentunya hidup mesti terus berjalan. Maka mulakan dengan berfikiran Positif & berfikiran hebat.

2. Tanam sifat rajin dan bersyukur dengan rezeki hari ini.
Setelah berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin. Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin. Harus rajin bekerja, buat bisnis dan cari pendapatan tambahan. Tiada alasan, itu harus diikhtiarkan.

3. Menjadi berani dan banyak bersedekah
Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani. Jika perusahaan tempat anda bekerja memberikan gaji yang tak cukup untuk kebutuhan anda , kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain. Atau bila perniagaan pertama gagal, anda harus berani untuk tutup kedai dan berani memulai memulakan perniagaan  yang lain.

Yang paling penting, mesti berani menjual dan berniaga secara telus. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan peniagaan.

Dan pada masa yang sama, banyaklah memberi sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya. Ya, kita jangan jadi bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang. Sifat Allah itu Pemurah dan Penyayang. Insyallah.

Give first, earn later.

4. Bayar hutang dengan sistematik
Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.

3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.

Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.

Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang ada hutang dan membuat jadual penstrukturan hutang yang sesuai. Ketika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain yang datang menuntut hutang dengan pelbagai cara dan tekanan. Ya, hadapi mereka dengan berbincang secara baik dan berdoa kepada Allah. Pasti akan ada jalan keluarnya. Setiap apa yang berlaku adalah datang dariNya, oleh itu jalan keluar juga dariNya.

Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang
Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan membantu dengan caraNya yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakallah bersama dengan kita berusaha.

Kredit pakdi.net

Tags: #Bayar hutang dengan sistematik #Cara Mudah Selesaikan Hutang #langkah yang perlu kita buat apabila mahu keluar dari bebanan hutang

  1. author

    weight training programs for basketball players2 years ago

    An individual is far better off training for 45 mins at a
    greater intensity compared to 75 minutes of modest strength.

  2. author

    hookah charcoal starter2 years ago

    This will certainly additionally protect your carpeting in the unlikely event the charcoal stimulates allot.

  3. author

    Azwan2 years ago

    Untuk memberikan kesan yang lebih cepat kita boleh cuba mencari pendapatan kedua. Hasil pendapatn ini pula janganlah digunakan. Bahagi dua keuntungan, setelah tolak modal. Bahagian pertama guna untuk majukan second income, bahagian kedua untuk selesaikan hutang. Sekadar berkongsi.

Author: 
    author