Cara Mudah Semakan SAPS Ibu Bapa Secara Online – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS Online - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah Satu sistem yang bagus berpusat ” One stop center ” tetapi kelemahan dia, oleh kerana berpusat, jika terlalu ramai orang akses ia boleh berlaku kesesakan trafik. Jadi bersedialah.

SAPS online kementerian pendidikan Malaysia

SAPS online kementerian pendidikan Malaysia

Apa pentingnya SAPS Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah kepada Ibu Bapa Murid?

Semakan SAPS Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Bagaimana Semak SAPS keputusan peperiksaan secara online? Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PT3/PMR dan SPM) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

APS Semakan Ibu Bapa
Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa ini menyediakan semakan bagi darjah 1 hingga darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ianya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Untuk keputusan peperiksaan terkini, sila pastikan anda membuat semakan selepas markah diisi.dikemaskini oleh guru.

Cara Mudah Semakan SAPS Ibu Bapa Secara Online 2016

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS:

Pergi ke laman web SAPS dan klik >>> SAPS Untuk Semakan Ibubapa <<< untuk ke menu utama.

1.  Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
2.  Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan pilih Tahun peperiksaan.
3.  Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
4. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR,     PMR/PT3 serta SPM dan sebagainya.
5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Terdapat juga >>> applikasi mobile SAPS Android <<< untuk membuat Semakan SAPS online. SAPS Ibu Bapa - Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa SAPS NKRA Online adalah Aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan pelajar dan ibu bapa melakukan semakan dan mengetahui keputusan markah peperiksaan sekolah rendah dan menengah.

Semoga perkhidmatan SAPS ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. Secara logiknya apa bila semua ini diselaraskankan IBuBapa dapat mengetahui perkembangan anak-anak mereka dengan lebih pantas. Untuk apa-apa pertanyaan tentang sistem SAPS boleh hubungi no yang tertera :

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi helpdesk SAPS
Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg
(kecuali cuti umum)
Rehat 1:00 ptg - 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari - 2:45 ptg)

* Nota
Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian Terkini
Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2016 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-

Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016

Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2016

Moga sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini bermanfaat dalam melihat dan mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak kita semua.Moga semuanya berjaya.

Tags: #applikasi mobile SAPS Android #Cara Mudah Semakan SAPS Ibu Bapa Secara Online #Julat Gred Menengah Atas #Julat Gred Menengah Rendah #Julat Gred Sekolah Rendah #SAPS online ibu bapa #saps semakan ibu bapa 2016 #saps semakan ibu bapa 2017 #saps semakan ibu bapa pbs #saps semakan ibu bapa pt3 #saps semakan ibu bapa sekolah #saps semakan ibu bapa sekolah menengah 2016 #saps semakan ibu bapa upsr 2016 #Semakan SAPS Online #sistem analisis peperiksaan sekolah #sppbs sekolah menengah semakan ibu bapa

  1. author

    Vivien2 years ago

    I’m not positive where you are getting your information, but
    good topic. I needs to spend a while studying much more or understanding more.
    Thanks for fantastic info I was in search of this information for my mission.

Author: 
    author