Celcom Lancar WONDEROAM Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa Termurah

Posted on

Buat mereka yang suka ke luar negara, kini tidak perlu risau lagi. Celcom Axiata Bhd melancarkan perkhidmatan perayauan antarabangsa, #WONDEROAM, yang membolehkan para pelanggannya menikmati internet pada kadar tetap di sekurang-kurangnya 10 negara.

Wanderoam celcom pakej 1
Wanderoam celcom pakej 1

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata menerusi WONDEROAM celcom, pelanggan kini tidak perlu bimbangkan mengenai kemungkinan terpaksa membayar caj tambahan perayauan internet di luar negara.

“Kini mereka boleh meneruskan aktiviti media sosial mereka seperti apabila berada di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu di sini, hari ini 14 April 2016.

Wanderoam celcom pakej 2
Wanderoam celcom pakej 2

WONDEROAM menawarkan tiga pakej — WONDEROAM 1 Hari Sosial pada harga RM10; WONDEROAM 1 Hari Internet RM38 dan WONDEROAM Seminggu RM138.

WONDEROAM 1 Hari Sosial RM10 khusus bagi pelanggan Pelan Prabayar Xpax dan perkhidmatannya ditawarkan di 10 negara — Singapura, Indonesia, Jepun, Hong Kong, Bangladesh, Sri Lanka, Kemboja, India, Macau dan Taiwan.

Wanderoam celcom pakej 3
Wanderoam celcom pakej 3

Menerusi WONDEROAM 1 Hari Internet RM38, pelanggan hanya perlu membayar RM38 sehari untuk akses internet di 165 negara manakala WONDEROAM Seminggu RM138 menyediakan panggilan tanpa had, sistem pesanan ringkas dan kuota internet 3GB di 10 negara iaitu Singapura, Indonesia, Jepun, Hong Kong, Bangladesh, Sri Lanka, Kemboja, India, Macau dan Arab Saudi.

Sumber BERNAMA