Chegubard Bidas Rafizi, SPRM Isu Korupsi Selangor

121 views

[ad_1]

SEREMBAN – Berang dengan korupsi kronik dalam PKR, bekas ketua cabang parti itu Rembau, Badrul Hisham Shaharin hari ini mengutuskan surat terbuka ‘panas’ menerusi laman blog beliau.

Warkah tersebut ditujukan khas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain membidas Setiausaha Agung parti itu, Rafizi Ramli atas kes yang melibatkan rasuah seks yang berlaku Pejabat Besar Selangor.

Melalui kiriman catatan terbaharu blognya, beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard itu juga meminta penjelasan tuntas daripada Rafizi yang didakwanya sering bersikap tidak telus dan berat sebelah.

Ini kerana Ahli Parlimen Pandan itu hanya berdiam diri berkenaan salah laku yang cukup jelas dalam pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR.

“Ramai yang sangat kecewa dengan Rafizi kerana tidak mendedahkan korupsi ini habis habisan seperti yang dia lakukan sebelum ini.

“Adakah Rafizi melihat korupsi ini punya ‘kasta’ iaitu yang dilakukan musuh perlu dilawan tetapi yang dilakukan orang dalam PKR ia perlu disenyapkan?

“Atau Rafizi menerima ugutan dalam parti dan untuk elak tindakan ia terpaksa senyapkan? Atau Rafizi menerima habuan untuk menyenyapkan perkara ini?”

Badrul turut mempertikaikan peranan SPRM berhubung dakwaan korupsi yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor, yang disifatkannya sebagai badan ada kuasa untuk mengawal operasi tertentu mengikut kepentingan mereka, serta mengaitkan beberapa kes rasuah yang dilepas pandang oleh badan pencegahan rasuah itu.

“Apakah tahap siasatan SPRM sendiri, kalau bab rasuah seks bolehlah dikatakan saksi pusing tarik tuduhan atas sebab tertentu, tetapi bagaimana pula dengan jumlah pegangan aset yang jelas tidak munasabah?

“Seperti mana SPRM mendepani kes MO1, begitu juga SPRM mendepani kes aduan korupsi bersangkutan balak Kelantan.

“SPRM mengundang ketawa bila menyatakan rampasan tunai bernilai ratusan juta di Sabah bersih dari unsur rasuah hanya untuk menghentikan siasatan dari melibatkan pemimpin politik yang kini cuba menjadi jaguh pembangkang di sana supaya terus dalam kawalan.”

123

467

(Salinan surat terbuka Badrul kepada semua media dan YB Presiden PKR. Sumber gambar: chegubard.blogspot.my.)

Masih tidak berpuas hati, Badrul ‘mengheret’ sekali lagi nama Azmin dengan mendakwa Menteri Besar Selangor itu diberikan ‘skrip’ yang dibacakan pihak tertentu bagi memastikan siasatan korupsi terhadapnya tidak diteruskan.

“Jika ini fitnah SPRM sila tampil dengan status dan penjelasan terbuka munasabah dengan semua kes disebut itu, malah saya sedia hadir dengar dan mengutarakan soalan yang timbul.”

Seterusnya, Badrul membuka pula kontroversi pelengkungan semula tanah lahan basah Paya Indah yang dikaitkan dengan sebuah pemaju terkemuka, iaitu kes yang menyebabkan beliau digantung parti secara zalim.

“Ingat dalam kes Skandal Azmin: 68054, saya dipecat dua kali oleh PKR dalam masa seminggu dengan salah satunya surat ada tandatangan yang dipalsukan.

“Razak Ismail seorang pengadu kes berkenaan kepada SELCAT dipaksa meletakkan jawatan dari tugas Pegawai Khas kepada salah seorang Exco Kerajaan negeri Selangor.

“Namun korupsi terus dilindungi yang pasti Hutan Simpan Kuala Langat utara musnah digazetkan sebagai kawasan pembangunan komersial.”

Terdahulu, keahlian parti Badrul digantung serta-merta selepas beliau secara terbuka menuduh ada unsur penipuan dalam pemilihan jawatan parti itu pada 2014 yang juga didakwa sebagai tidak telus.

Pemecatan itu dikaitkan ekoran tindakan berani Badrul sebelum itu giat mendedahkan salah laku Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 yang dikatakan milik Paya Indah Wetlands. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

[ad_2]

Tags: #bidas #chegubard #korupsi #Rafizi #Selangor #SPRM