‘Coffee Art’ Persis Babi Pun Jadi Masalah Di Laman Sosial

284 views

Status yang dimuatnaik oleh netizen yang satu ini memang sangat padat kandungannya. Pendek sahaja penerangan, tak panjang berjela-jela, namun sangat memberi kesan kepada mereka yang membacanya.

Kisahnya, dia menjadi salah seorang peserta bengkel bancuh kopi. Antara yang dilakukan ialah coffee art yang memerlukan kreativiti membentuk muka beruang pada cafe latte.

Namun, nak dijadikan cerita ada peserta yang masih terkial-kial mencuba hasilkan coffee art  tapi tak menjadi dan ia menyerupai babi. Peserta itu mengadu kepada pelatih di situ dan tiba-tiba rasa bersalah kepada peserta lain kerana telah menyebut perkataan babi di khalayak.

Netizen ini menyatakan situasi itu, dia langsung tidak mengambil hati sebaliknya berasa kasihan dengan segelintir orang bukan Islam yang terpaksa berhati-hati dalam bercakap tentang hal 'babi'.

Sebenarnya ia berpunca daripada orang Islam sendiri yang mudah sangat berasa sentap dan konon-konon marah bila orang bukan Islam tak pandai tentang halal haram. Biasalah 'umat' masa ini terutamanya di media sosial, cepat sangat sentap dan jatuhkan hukum. Bukan begitu?

Penulis setuju dengan pendapat netizen ini yang berbunyi,

"Memang betullah babi ni Tuhan buat sebagai ujian buat orang Islam. Bukan sahaja ujian tahan ke tak dari makan benda haram tapi ujian pandai dan sabar ke kita deal dengan dunia yang penuh dengan pendapat tentang babi. Moga kita dalam golongan orang yang tahan diuji."

Tags: #Coffee Art #Coffee Art babi #Masalah di laman Sosial