Cristiano Ronaldo Atlet Paling Kaya 2016

99 views

[ad_1]

 LONDON 4 Feb. – Cristiano Ronaldo meraih pendapatan paling lumayan pada 2016, menurut Forbes Sports Money Index.

Penyerang Real Madrid itu menikmati musim cemerlang apabila berada di kemuncak kejayaan dengan merangkul trofi Liga Juara-juara bersama kelabnya dan mengetuai Portugal ketika memenangi Kejohanan Eropah.

Kejayaan dari segi kewangan juga meningkat, yang menyaksikan Ronaldo meraih pendapatan sebanyak AS$88 juta dolar (RM389 juta) dengan AS$56 juta dolar (RM247 juta) datang daripada bayaran gajinya dan hadiah kemenangan sementara AS$32 juta dolar (RM141 juta) adalah daripada penaja.

Lionel Messi, yang berada di tempat kedua di belakang Ronaldo untuk anugerah Ballon d’Or, turut mengekori dari segi pendapatan apabila pemain Argentina itu muncul sebagai bintang sukan yang memperoleh bayaran sebanyak AS$81.4 juta dolar (RM360 juta).

Ini bermakna dua bintang bola sepak mengungguli kedudukan dua teratas, meninggalkan bintang bola keranjang 
Cleveland Caveliers NBA, Lebron James di tempat ketiga (RM341 juta), diikuti juara Terbuka Australia, Roger Federer (RM300 juta) dan pemain bola keranjang Golden State Warriors, Kevin Durant (RM249 juta).

Senarai pendapatan lumayan yang melibatkan 20 atlet didominasi oleh pemain bola sepak, bola keranjang, tenis, bola sepak Amerika dan Formula Satu.

Kelab bola sepak Amerika, Dallas Cowboys muncul sebagai pasukan paling bernilai (RM18 bilion), diikuti Real Madrid (RM16 bilion), Barcelona (RM15.71 bilion), New England Patriots (RM15.05 bilion) dan Manchester united (RM14 bilion). – AGENSI

Comments

comments

[ad_2]

Tags: #2016 #atlet #cristiano #kaya #paling #ronaldo