Daerah Baling Dilanda Banjir , Lapan Kampung Terjejas 285 Mangsa Dipindah

BALING: Keadaan banjir di daerah ini semakin buruk apabila bilangan mangsa dipindahkan di pusat-pusat pemindahan di sini meningkat kepada 285 orang pagi ini berbanding 185 malam tadi.Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Syamsul Izrin Isahak ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, 285 mangsa banjir itu melibatkan 69 keluarga berbanding 52 keluarga malam semalam.

Lapan buah kampung paling teruk terjejas adalah Kampung Padang Lalang, Kampung Weng, Kampung Baru Siong, Kampung Tanjung Pari, Kampung Banggol Derum, Kampung Lahar, Kampung Bukit Sebelah dan Kampung Sini Ketengga.

Kesemua mangsa ditempatkan di sembilan pusat pemindahan, Dewan Surau Weng, Dewan Kampung Baru Siong, Dewan Risda Kampung Tanjung Pari, Surau Kampung Sri Ketengga, Dewan Banggol Derom, Dewan UMNO Batu 60, Rumah Mesra Rakyat, Surau Kampung Lahar dan Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Lalang.

Pihak JKM Baling menurut beliau, bersama agensi kerajaan lain menyediakan pelbagai bantuan kepada mangsa terlibat di pusat-pusat pemindahan termasuk makanan dan minuman.

Tags: #Berita terkini malaysia #terkini 24 jam berita