Dakwah Nabi S.a.w Kepada Jin | Jin Diislamkan Oleh Nabi S.a.w

261 views

Dakwah Nabi s.a.w kepada Jin | Jin Diislamkan Oleh Nabi s.a.w

Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi kepada manusia dan jin. Baginda juga selalu pergi berdakwah kepada jin-jin dibalik bukit pada waktu malam. Adakala baginda pergi bersendirian, ada juga ditemani Abdullah bin Masud (Ibn Masud).

Baginda dengan ditemani oleh Ibn Masud pergi berdakwah ke tempat pertemuan dengan Jin. Apabila tiba, Ibn Masud ditinggalkan oleh baginda di satu tempat (dengan melukis satu garisan dan meminta Ibnu Masud supaya jangan keluar dari garisan itu). Lalu baginda pergi ke kawasan yang tak dapat dilihat oleh Ibn Masud.
Ibnu Masud mendengar dengungan suara jin dan juga suara nabi dan beliau juga diusik oleh jin, tetapi jin itu tidak berani masuk ke dalam garisan yang Nabi telah lukis.

Kemudian, sekumpulan Jin datang berkumpul di hadapan Nabi lalu baginda saw membacakan al-Quran dan mengajak mereka beriman. Setelah itu mereka kembali memberi peringatan pula kepada kaum mereka.

Dakwah Nabi s.a.w kepada Jin | Jin Diislamkan Oleh Nabi s.a.w

Tags: #dakwah #diislamkan #kepada #nabi #oleh