Derita Hazreel Berpanjangan Kerana Kesempitan Wang

184 views

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Kata pujangga, kasih seorang ibu membawa ke syurga, kasih seorang ayah sehingga sanggup berkorban nyawa namun jika dihitung kasih Noor Halimatun Hashim kepada anak bongsunya, Muhammad Hazreel Mikhail Hizar, beliau tidak pernah berputus asa dalam mencari bantuan sokongan kewangan dan perubatan buat Hazreel yang menderita penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) sejak lahir.

Keperitan anak kecil ini pernah dipapar pada Jun tahun lalu dan sejak itu pelbagai pihak telah menghubungi Noor Halimatun untuk menghulurkan bantuan.

Biarpun bantuan yang diterima bukanlah berbentuk kekal, Noor Halimatun amat bersyukur dengan keprihatinan orang awam yang sudi membantu, namun jelasnya beliau amat memerlukan sokongan kewangan memandangkan perbelanjaan bagi membeli ubat-ubatan dan kain balutan untuk Hazreel mencecah lebih RM4,000 sebulan.  

“Semua barangan ubat-ubatan dan kain balutan saya beli sendiri memandangkan tidak lagi disediakan oleh pihak hospital. 

“Sebelum membalut luka, saya juga menampal sejenis ubat bernama bactigras, yang berharga RM50 sekotak dan hanya boleh digunakan dalam dua hari sahaja.

“Jadi kos untuk bactigras boleh mencecah sehingga RM1,000 sebulan. Belum lagi untuk barangan perubatan yang lain,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Jelasnya lagi, jumlah itu di luar kemampuan mereka apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang amat menekan ketika ini.

Senarai barangan perubatan yang perlu ditanggung oleh keluarga Hazreel - Foto Noor Halimatun

Antara barangan balutan yang diperlukan bagi pesakit EB seperti Hazreel. - Foto Noor Halimatun

Pesakit EB seperti Hazreel ini akan mengalami lepuh sepanjang hidupnya dan memerlukan penjagaan yang rapi dengan mencuci luka dan menukar kain balutan yang digunakan untuk menutup luka-luka lepuh itu.

Hazreel perlu menukar kain balutan lukanya dua kali sehari bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Melalui gambar yang dikongsikan, Noor Halimatun memberitahu bahawa Hazreel kini sudah mampu berjalan dengan bantuan tongkat khas namun masih belum dapat dipastikan bila Hazreel dapat memulakan persekolahannya sedangkan rakan sebayanya sudah memasuki kelas pra-persekolahan, berikutan penyakit yang dihidapnya memerlukan penjagaan khas dan kulitnya yang melepuh mudah terkoyak dan berdarah.

Walaupun Hazreel sudah boleh mula berjalan, namun pesakit EB sepertinya ini akan mengalami lepuh sepanjang hidupnya dan memerlukan penjagaan yang rapi - Foto Noor Halimatun Hashim

Noor Halimatun menjelaskan bahawa beliau ada menerima bantuan dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekitar RM600 sebulan namun jumlah itu tidak dapat menampung keperluan Hazreel.

Justeru itu beliau memohon jasa baik rakyat Malaysia yang prihatin agar dapat menyumbang peralatan dressing dan ubat-ubatan bagi meringankan beban kewangan keluarganya.

Noor Halimatun dan suaminya dikurniakan turut mempunyai dua orang lagi cahaya mata iaitu kakak dan abang kepada Hazreel yang sudah bersekolah.

Kepada anda yang ingin membantu, Noor Halimatun boleh dihubungi melalui talian 011-2753 2324 atau bantuan kewangan boleh terus disalurkan ke akaun Public Bank 4525 8114 09, Noor Halimatun Hashim.

[ad_2]

Tags: #berpanjangan #derita #hazreel #kerana #kesempitan #wang