Download Buku Panduan Solat Sunat Tarawih

1643 views

Alhamdulillah. Semakin kita menghampiri Bulan Ramadan dan ibadah Solat sunat tarawih tahun ini. Maka janganlah kita terlupa menambah ibadat kepada Allah kerana bulan Ramadan amalan kita di lipat gandakan.

Panduan solat sunat tarawih

Panduan solat sunat tarawih

Dikesempatan ini dikongsikan Buku Panduan Solat Sunat Tarawih buat yang terlupa atau ingin menambah ilmu. Buku ini saya peroleh dari laman JAKIM di Panduan Sembahyang Sunat Tarawih.

[embeddoc url="http://terviral.xyz/wp-content/uploads/2016/06/Panduan_Sembahyang_Sunat_Tarawih.pdf" download="all" text="Muat Turun"]

Panduan Solat Sunat Tarawih Ringkas

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.

Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.

Rasulullah SAW. bersabda; “Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.

Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).

Tags: #download buku panduan solat tarawih #Panduan Solat #panduan solat tarawih #Tarawih