Elly Mazlein Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang

157 views

Minggu lepas, penyanyi Elly Mazlein digosipkan sedang hangat bercinta. Setelah melalui episod hitam ketika bercerai dengan Azmi Hatta, ramai yang berharap agar berita itu benar dan mungkin perhubungan beliau kali ini dapat mengubati luka lama. Walaubagaimanapun, Elly pada waktu itu enggan memberikan sebarang komen tentang gosip berkenaan.

Terbaru, Elly mengakui sedang mengenali hati bui seseorang lelaki tetapi buat masa ini beliau masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti lelaki yang kini hadir dalam hidupnya itu.

Menurut Elly, soal hati tidak perlu terlalu didedahkan kepada umum kerana beliau tidak mahu mengundang sebarang fitnah.

Ya, memang ada lelaki hadir dalam hidup saya kini tapi tak perlulah dikecohkan. Buat malu saja. Tak kiralah dari mana datangnya lelaki itu, apa pekerjaan dan status dirinya, saya tidak akan menjadikan perkara remeh temeh itu sebagai keutamaan dalam hubungan mendatang.

Kalau orang kata harta dan wang ringgit itu penting untuk menjayakan perkahwinan yang bakal dibina, tapi saya pula memilih kejujuran dan kesetiaan. Hanya lelaki jujur dan setia saja yang layak menerima cinta saya. Kedua-dua perkara itu sangat penting dalam menjamin komunikasi antara dua pihak itu berjalan lancar. Cukuplah kealpaan saya menerusi perkahwinan terdahulu yang telah membikin hidup saya huru hara. Saya dah tak nak macam itu lagi.

Sesuatu yang belum pasti lagi lebih elok untuk tidak diceritakan kepada umum. Namun, kami tetap mendoakan yang terbaik buat Elly Mazlein dalam perhubungan baru yang dibina.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Incoming search terms:

  • foto seksi elly mazlin

Tags: #akui #elly #elly mazlein cerai #elly mazlein kahwin #elly mazlein perawan atau janda #elly mazlein seksi #elly mazlin dan suami #gambar anak elly mazlin #Gambar Seksi Elly Mazlin #gosip Elly Mazlein #hati #mazlein #mengenali #sedang #suami elly mazlein