Filem ‘Apprentice’ Lakonan Wan Hanafi Su, Buat Orang Beremosi Di Festival Filem Cannes

KUALA LUMPUR: Sebelum pengarah Boo Junfeng membikin filem baharunya berjudul, 'Apprentice' mengenai hukuman mati beliau banyak menghabiskan masa bersama seorang tukang gantung yang sudah bersara di Singapura.

Beliau juga berdialog bersama imam bertangggungjawab membantu tahanan yang bakal digantung membuat perjalanan terakhir mereka ke tali gantung.

Dan yang paling sukar sekali, pembikin filem muda dari Singapura ini, menghabiskan bertahun-tahun untuk bercakap dengan ahli keluarga yang kehilangan bapa atau anak-anak kepada tali gantung.

Tetapi hanya selepas Boo bertemu dengan seorang tukang gantung yang bersifat perikemanusiaan yang tinggi, beliau terus disuntik semangat baharu.

Sutradara berusia 32 tahun itu sedar bahawa tiada filem yang pernah dibuat mengenai tukang gantung.

"Saya sudah mula menulis (filem) tetapi selepas saya bertemu dengan tukang gantung yang pertama yang saya tidak boleh menulis selama tiga bulan. Apa yang benar-benar mengejutkan saya adalah betapa banyak saya suka meluangkan masa bersamanya.

“Dia bukan seperti apa yang saya sangka. Dia disukai, berkarisma, mempunyai sifat kedatukkan, dan terbuka mengenai apa yang dia lakukan. Dia bangga dengan caranya yang ‘hampir penyayang’ menjaga banduan dengan berperikemanusiaan yang boleh dan saya menyedari bagaimana sukar untuk melakukannya.

Hanafi wan su

 

"Dia benar-benar menukar idea-idea saya dan memaksa saya untuk memikirkan semula segala-galanya. "

Filem Apprentice turut menyelitkan elemen mengejutkan.

Apprentice berkisar seorang lelaki muda yang belajar mengenai cara-cara menggantung orang daripada seorang tukang gantung yang mnggantung ayahnya.

Filem itu turut memaparkan pelakon Malaysia, Wan Hanafi Su dan dari Singapura, Mastura Ahmad dan Fir Rahman.

Wan Hanafi pernah dinobatkan Pelakon Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia untuk wataknya dalam Lelaki Harapan Dunia, arahan Liew Seng Tat.

'Apprentice' akan ditayangkan di Festival Filem Cannes pada Isnin.

Filem 'Apprentice' lakonan Wan Hanafi Su, buat orang beremosi di Festival Filem Cannes

Hiburan - Astro Awani

Tags: #Apprentice Hanafi wan su #Boo Junfeng Filem Apprentice #Festival Filem Malaysia #Filem Apprentice Singapura