Filem ‘Crimson Peak’ Diharamkan Di China, Inilah Sebabnya

299 views

Setiap tahun pada bulan Oktober, pelbagai filem genre seram dikeluarkan. Ini dengan menjelangnya sambutan "Halloween" yang disambut pada setiap hujung Oktober di Amerika Syarikat.

Pada tahun ini, selain filem-filem "Paranormal Activity: The Ghost Dimension" dan "The Vatican Tapes", juga terdapat filem seram artistik, hasil arahan Guillermo Del Toro yang berjudul "Crimson Peak".

Namun, filem itu kurang mendapat sambutan. Di Amerika Syarikat, "Crimson Peak" hanya meraih AS$13.1 juta ($19.2 juta).

Filem yang dibintangi Tom Hiddleston, Mia Wasikowska, Jessica Chastain dan Charlie Hunnam itu dihasilkan dengan bajet AS$78 juta ($108.8 juta).

Untuk mengembalikan modal, biasanya pihak studio dan pengedar filem bergantung kepada China. Pasaran filem di negara itu dianggap boleh menghasilkan pendapatan tinggi, disebabkan jumlah penduduknya yang mencapai 1.4 bilion.

Namun, syarikat penerbitan Legendary Pictures nampaknya perlu mencari alternatif lain. Mengapa? Ini kerana China melarang keras filem-filem genre seram ditayang di pawagam.

Dipetik daripada The Hollywood Reporter, China sering menolak untuk menayangkan filem-filem "hantu", pemujaan dan seumpamanya, baik untuk filem luar negara mahupun filem tempatan.

 Crimson Peak /Legendary Pictures)

"Crimson Peak" mengisahkan kehidupan Edith Cushing (Mia Wasikowska) yang boleh berkomunikasi dengan hantu. Dia berkahwin dengan Thomas Sharpee (Tom Hiddleston) yang tinggal dalam sebuah rumah using di Crimson Peak. Edith kemudian cuba membongkar misteri mengerikan di sebalik rumah usang itu.

Tags: #Berita Hiburan Terkini #Filem Crimson Peak #filem genre seram #Jessica Chastain #Mia Wasikowska #Tom Hiddleston