Filem Desolasi Syafiq Yusof Bakal Pecah Panggung 60 Peratus Guna CGI. WOW!!!

Poster Filem Desolasi

Poster Filem Desolasi

Filem Desolasi Syafiq Yusof, akan memulakan tayangan pada 8 Disember 2016 mula mendapat pelbagai pendapat dan komen dari netizen. Paling mengejutkan dan menjadi perhatian adalah poster Filem Desolasi ini yang dilihat ada persamaan dengan Filem Inferno lakonan Tom Hanks. Adakah jalan cerita filem ini bersamaan dengan filem pengembaraan penyiasatan seperti Filem Inferno lakonan Tom Hanks? Mari kita tunggu 8 Disember 2016 nanti.

Sinopsis Filem Desolasi Terbitan Skop Production Sdn Bhd


Filem ini mengisahkan mengenai Aiman seorang pelukis remaja yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Masalah demi masalah yang dihadapinya telah membuatkannya bertengkar dengan ayahnya. Satu hari, Aiman berdoa agar semua masalahnya hilang dan keesokan harinya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati semua manusia sudah lenyap. Ia sekali gus memberi peluang kepada Aiman untuk melakukan pelbagai perkara yang ingin dilakukannya tanpa perlu berfikir panjang. Dalam pada itu, Aiman juga mencari jawapan kepada kehidupan dan persoalan terhadap apa yang dicarinya selama ini.

KLASIFIKASI : P13
GENRE : Fiksyen Sains / Ngeri
TARIKH TAYANGAN : 8 Disember 2016
PENGARAH : Syafiq Yusof
TERBITAN : Skop Productions Sdn Bhd
PELAKON : Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalidah, Jacky Kam, C.Kumaresen, Siraj Sheikh Alsagoff

FOTOGRAFI : Azami Alias
PENATA SENI : Ridzuan Bin Mat Hussain
PENYELIA KESAN KHAS : Dinie Shuhaimi
PENATA MUZIK & BUNTI : Imaginex Sdn Bhd
PENOLONG PENGARAH : Shake Al Walled / Raja Daniel Matiin
PENERBIT : Datuk Yusof Haslam

OST - FILEM DESOLASI "BUKAN PROPAGANDA" SYAMSUL YUSOF & MAWI

Sebalik Tabir Filem Desolasi Syafiq Yusof

PENGARAH Syafiq Yusof mendedahkan yang filem terbaru arahannya, Desolasi menampilkan 60 peratus kesan khas imej janaan komputer (CGI).

Antara kesan khas CGI yang ditampilkan menerusi filem tersebut adalah 'pengosongan' bandar Kuala Lumpur.

"Filem ini telah menjalani penggambaran pada tahun 2014. Desolasi mengambil masa dua tahun untuk disiapkan kerana hampir 60 peratus babak filem ini menggunakan kesan khas CGI.

"Antara babak yang memerlukan kesan khas CGI adalah kekosongan jalan di sekitar Kuala Lumpur. Saya hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk menahan kereta dan menjalankan penggambaran.

"Tenaga produksi boleh menahan kereta tetapi kami tidak boleh mengawal orang yang lalu lalang. Kesan khas CGI digunakan untuk membuang imej manusia dalam filem ini ketika babak 'pengosongan' itu dijalankan.

"Filem ini telah terlebih dahulu menjalani penggambaran berbanding filem Mat Moto dan Munafik. Namun begitu, kerana kesan khas CGI yang mengambil masa lama, filem ini berjaya disiapkan selepas dua tahun dan bakal menemui penonton pada 8 Disember ini," kata Syafiq.

Filem Desolasi Syafiq Yusof

Filem Desolasi Syafiq Yusof

Menampilkan Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim dan Datuk Jalaluddin Hassan sebagai teraju utama, filem ini mengisahkan mengenai anak muda yang mencari jawapan dalam kehidupan.

"Filem ini bercerita mengenai kisah seorang pemuda bernama Aiman yang mencari dirinya. Sering ditimpa masalah, Aiman berdoa agar dia tidak lagi dilanda sebarang masalah.

"Namun begitu, perkara pelik terjadi apabila pada suatu hari, Aiman mendapati dirinya tinggal berseorangan di dalam dunia tanpa kehadiran manusia lain.

"Saya menyelitkan nilai keagamaan menerusi filem ini. Saya juga menampilkan kelainan dengan memaparkan penyakit ganjil yang jarang ditemui, 'anton babinski' dalam filem Desolasi.
"Saya berharap agar filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak," katanya lagi.

Tags: #FILEM DESOLASI BUKAN PROPAGANDA #Filem Desolasi Syafiq Yusof #Kutipan terkini Filem Desolasi #Sebalik Tabir Filem Desolasi #Sinopsis Filem Desolasi