Fizo Omar Terkilan FizoMawar Kitchen Dikritik Blogger

575 views

Fizo Omar yang baru membuka perniagaan restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen menyuarakan rasa terkilannya apabila restorannya itu dikritik menerusi laman blog baru-baru ini.

"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," ujarnya menerusi portal Mstar Online.

Terdahulu, restoran FizoMawar yang terletak di Bandar Baru Bangi dikritik dalam sebuah blog Kisah Emas Putih. Dikatakan restoran itu menyediakan makanan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan.

 

"Saya terkilan kerana penulis blog tersebut merupakan orang Melayu dan sepatutnya dia menyokong kita yang sama bangsa untuk berniaga.

 

"Saya buka restoran ini pun memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan saya tidak pernah mengambil pekerja luar seperti Indonesia atau Bangladesh," ujar Fizo lagi.

Baca selanjutnya: Mstar Online

Tags: #Fizo Omar restoren #FizoMawar Kitchen