Gaji Minimum Sabah Sarawak & Semenanjung Mulai Julai 2016

454 views

Kadar gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia mulai 1 Julai 2016. Seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016, kadar gaji minimum di Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan telah dinaikkan kepada RM920 daripada RM800 sebulan. Manakala di Semenanjung Malaysia, gaji minimum dinaikkan dari RM900 kepada RM1,000 sebulan. Kadar baharu gaji minimum tersebut akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2016.

gaji-minimum

Gaji Minimum Sabah Sarawak & Semenanjung Mulai 1 Julai 2016

Semenanjung Malaysia: Berkuatkuasa 1 Julai 2016, penyelerasan gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia.

Sabah, Sarawak dan Labuan: Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pembantu rumah.

Tags: #gaji #minimum #mulai #sabah #Sarawak #semenanjung