Gambar Pre-Wedding Anzalna Pukau Mata Netizen… WOW!

1790 views

Tahniah Anzalna dan Hanif, pasangan yang sememangnya cantik dan hebat awal 2016.Apatah lagi bila melihat keduanya bergambar Pra Perkahwinan...

Darah manis pasangan pelakon jelita, Anzalna Nasir dan si kacak Mohamad Hanif Mohamad Zaki telah memuatnaik gambar pra perkahwinan mereka yang dijalankan di Langkawi dua minggu lalu.

Bukan sekadar diterbangkan ke sana menggunakan jet peribadi, mereka yang ditemani keluarga masing-masing sepanjang berada di pulau terbabit turut mendapat tajaan beberapa jenama mewah selain busana pereka tempatan, Ashraff Zainal, bagi menjayakan sesi penggambaran itu. Turut ditatarias oleh Emmy Agung.

Anzalna dan Hanif bakal diijabkabulkan pada 21 Februari depan, manakala dua majlis resepsi pula masing-masing akan dilangsungkan pada 27 Februari dan 3 April.

Bagi majlis pertama, pasangan ini bersepakat memilih tema perkahwinan diraja British, manakala konsep tradisional pula akan menghiasi majlis kedua.

Mereka akan mengenakan rekaan Rizalman Ibrahim, Cosry dan Rizman Ruzaini pada majlis berkenaan.

Sangat 'perfecto' gambar 'pre-wedding' Anzalna dan Hanif. Semoga perjalanan majlis yang bakal berlangsung dipermudahkan Allah SWT. Tahniah Anzalna dan Hanif!

 

 

Tags: #Anzalna Nasir gambar kahwin #Pre-Wedding Anzalna