Gara-gara Gaduh Dengan Zahid Melalui WhatsApp, Ali Tinju Dipanggil Polis..

Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju di panggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung pergaduhan menerusi aplikasi Whatsapp dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu memberitahu FMT, perselisihan faham berhubung jemputan ke majlis perkahwinan anak Zahid pada September lalu telahpun selesai secara baik.

Namun, dia mendakwa, ada pihak ketiga sengaja mahu mengambil peluang dan memperbesarkan itu dengan membuat laporan polis.

“Isu pergaduhan saya dengan Zahid berhubung jemputan ke majlis perkahwinan anak beliau pada September lalu sudah selesai.

“Saya sendiri telah memohon maaf kepada beliau (Zahid) mungkin pada masa itu saya terlalu emosi, apabila dimaklum oleh pegawai Zahid bahawa saya tak dijemput sedangkan saya menerima jemputan itu.

“Malah pergaduhan saya dengan Zahid ibarat adik dengn abang, ibarat seorang pekerja dengen bos kerana saya Presiden Veteran Tentera semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

“Namun ada pihak ketiga yang diupah oleh wakil NGO untuk membawa kes kepada pihak polis semula.,” katanya.

Mengulas lanjut, dia akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi menyelesaikan siasatan kes itu.

Ali Tinju akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang jam tiga petang pada Isnin (hari ini) untuk memberi keterangan lapor Free Malaysia Today

Tags: #Mohd Ali Baharom #Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid