GegarVaganza 3 Mula Mencetus Pelbagai Kontrovesi – GV3

993 views

 

GegarVaganza 3 2016

GegarVaganza 3 2016

 

 

Gegar Vaganza #GV, Bermula pada tahun 2014 telah mencetus fenomena kepada industri muzik semasa. Membantu penyanyi yang kian tenggelam dalam zaman kembali muncul dan mencetus impak kepada dunia hiburan. Siti Nordiana yang digelar penyanyi kampung telah berjaya Membolot RM 100,000.00 setelah menang di Gegar Vaganza 2. Rating penyanyi yang bertanding di GV2 juga telah naik secara mendadak dan pendapatan mereka mula bertambah selepas rancangan ini tamat. Itulah hasrat pihak Astro untuk memberi mereka peluang kedua untuk naik kembali.

Kini 2016, Gegar Vaganza akan membuka tirainya kembali bermula 16 Oktober 2016. Kali ini 12 peserta akan bersaing untuk merebut kejuaraan. Banyak kontrovesi yang berlaku sebelum Konsert Pertama GegarVaganza 3 ini bermula. Bermula dengan rasa tidak puas hati artis yang tidak berjaya menjadi peserta kali ini, kini mengenai gambar sesi fotografi yang mendapat komen negatif di laman sosial.
Apapun itu adalah salah satu marketing Astro untuk menaikkan rating episod kali ini.

Jangan lupa saksikan Konsert GegarVaganza 3 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 16 Oktober ini secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Biodata Peserta GegarVaganza 3 Mula Mencetus Pelbagai Kontrovesi.

Berikut adalah Peserta yang terlibat di #GV 3 :

1.Ameng Spring 

ameng-spring-gegarvaganza-3

Wan Aminuddin bin Wan Ismail atau Ameng merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di persada hiburan tanah air. Beliau yang sebelum ini telah bersama Kumpulan Spring sebagai penyanyi utama telah berkecimpung di dalam bidang nyanyian lebih daripada sepuluh tahun. Ameng yang memiliki personaliti menarik serta suara yang cukup lunak menjadikan beliau sering mendapat perhatian daripada para media serta peminat-peminat beliau.

Album solo pertama Ameng ini telah diberi judul "Langkah Semakin Jauh", sealiran dengan sebuah lagu yang dimuatkan di dalam album ini. Lagu ini telah dicipta oleh penggubah popular iaitu Zul Mahat , manakala liriknya di tulis oleh Amran Omar. ‘Langkah Semakin Jauh’ turut akan dijadikan sebagai lagu "single" pertama bagi album ini. Penyusunan muzik serta irama yang diketengahkan di dalam lagu ini amat menarik sekali, ia banyak mengandungi elemen-elemen serta gubahan melodi baru yang boleh dinikmati untuk lagu tersebut. Tambahan pula lirik serta vokal Ameng yang tetap utuh serta memiliki intonasi yang menarik menjadikan lagu ‘Langkah Semakin Jauh’ amat menarik sekali.
2.G-Mie Screen

gmie-sreen-gegar-vaganza-3

Nama : Hajmi Hj Ibrahi
Tempat Lahir : Klang Selangor
Umur : 45 Tahun

Keluarga dan Latar belakang
Berkahwin dan mempunyai 5 org anak

Pendidikan : SPM

Kerjaya
Penyanyi dan Kerani Logistik di Pelabuhan Klang

Album
Sha Na Na (1995)
Kau Saja Di Hati (1997)
Orang Yang Ku Sayang Sayang (1998)
Permata Hati (2000)
Manja Kekasih Ku (2001)
Kembali (2005)
Lagu-lagu hit dan popular
Tak suka tak apa
Bila cinta didusta
Kita ditakdirkan berpisah.
Sejarah awal karier G-mie Screen hanya bersama kugiran-kugiran kampung sebelum menempa nama semasa bersama Screen.

3.Razis Ismail

razis-ismail-gegar-vaganza-3
Razis Ismail atau nama sebenarnya Ghazali Ismail adalah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia pada sekitar era 80an. Lagu-lagu beliau sering kerap kali diputarkan di corong-corong radio Malaysia sekitar era 80an. Berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Suara beliau yang lunak dan muka beliau yang kacak sering menjadi pujaan gadis-gadis ketika zaman kegemilangan beliau. Selain menyanyi, beliau juga menceburi dalam bidang lakonan iaitu filem Mawar Merah dan beliau hanyalah sebagai seorang pelakon pembantu.

4. Rem

rem-gegarvaganza-3
Nama Penuh: Ramzani Kassim
Asal: Sarawak
Umur: 42 tahun ( 2016)
lagu popular: Semua orang tahu, Selingkar kasih,

6.Shidi Data

shidi-data-gegar-vaganza-3
Kumpulan Data merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan Data telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada awal 90'an. Ia dianggotai Md Nor, Hanif, Sharil dan Shidi (penyanyi). Kumpulan Data ini mula mencipta nama setelah berjaya melahirkan album hit Sayu, diikuti album kedua Tunduk Mengalah, Kasihku Tetap Abadi album ketiga dan Rahsia Kesabaranku album ke empat.

Meskipun kumpulan ini kurang menonjol dan jarang diangkat sebagai personaliti hiburan yang popular disebabkan kesibukan mereka sebagai penghibur kelab malam, namun lagu-lagu kumpulan Data mendapat tempat secara meluas. Antara lagu-lagu hit Data dan popular sehingga ke hari ini seperti Rindu Buat Kekasih, Tunduk Mengalah, Permasuri dan terbaru Ku Menanti Ku Menangis.

Kumpulan Data kini sedang merancang untuk menghasilkan album penuh terbaru di bawah label syarikat rakaman MVM yang dinaungi mereka dan dijangkakan akan tetap mengekalkan konsep lagu-lagunya yang terdahulu.

7.Zarul Umbrella

zarul-umbrella-gegarvaganza-3-2016

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1994 oleh komposer terkenal Saari Amri hasil ujibakat yang diadakan oleh syarikat rakaman beliau, Mekar Production yang juga menerbitkan album kumpulan U.K's.

Umbrella tampil dengan album pertama mereka berjudul Seribu Rahmat pada hujung tahun 1995 setelah hampir setahun di studio rakaman. Konsep yang diketengahkan oleh Umbrella adalah muzik pop latin serta sedikit lagu balada. Hampir 90 peratus lagu di dalam album ini dicipta dan diterbitkan oleh Saari Amri. Antara lagu yang berjaya mencuri tumpuan peminat muzik tanahair ketika itu ialah Ramalanku Benar Belaka, Bukalah Hatimu dan Retak Jangan Relai.

Pada tahun 1998 vokalis Umbrella, Zarul telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

8.Siti Sarah

siti-sarah-gegarvaganza-3
Siti Sarah binti Raisuddin atau lebih dikenali sebagai Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984 (32 tahun), merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia.

Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah "Artis Baru Terbaik", "Album Pop Terbaik" dan "Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)". Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan dua lagi pengiktirafan untuk "Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)", iaitu dalam kategori "Artis Wanita Popular" dan juga "Artis Wanita Terbaik".

Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan mendapat dua orang anak iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra yang membawa maksud gadis yang berzikir bagai bunga.

9.Intan Sarafina

intan-sarafina-gegar-vaganza-3
Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya dilahirkan di Stulang Darat, Johor pada 2 Julai 1981.

Intan yang terkenal dengan lagu seperti Kembali dan Duhai Malam pada awal tahun 2000 berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkiflee, 40, pada Oktober 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Evan Raez, 7, Megat Ifrafel Raez, 5, dan Megat Noah Raez berusia dua tahun.

10.Zur Eda

zur-eda-gegarvaganza-3

Pada tahun 1987, Zur Eda dilamar bekas pemain keyboard, kumpulan Carefree, Charles Paiva dan Zali Kamari, untuk rakam album pertama, Pelitaku, yang mempunyai tiga album sepanjang penglibatan. Selain Pelitaku (1987), Lama Tak Jumpa (1990) dan Kelmarin (1993), Zur Eda turut mempunyai album kompilasi.

11.Azharina

azharina-gegarvaganza-3
* Ibu kepada seorang anak
* Anak Sulung dr 4 org adik beradik.
Nama Penuh : Azharina Binti Azhar
Nama panggilan : Nina
Lahir pada : 11 Mac 1985
Tempat Lahir : Kota Kinabalu Sabah
Pendidikan : SPM
Kerjaya : Penyanyi dan Penerbit Dokumentari

Album Nina
1. Azharina (2002)
2. Seandainya (2003)
3. Nina (2004)

Lagu2 Hit
1. Seandainya
2. Elergi Sepi
3.Rawan

Antara lagu2 Nina
1. Seandainya
2. Masa Dulu
3.Di Hari Persandingan mu
4 Ketika Mentari Beradu
5. Malam ini
6. Teman yang ku kasih
7. Kembali pada-Nya
8. Damba
9. Mengenai Cinta
10. Bukan membenci mu

Azharina adalah Juara Bintang RTM tahun 2001. Para peminat pasti menantikan gegaran Azharina

12.Elly Mazlein

elly-mazlein-gegarvaganza-3
Nama Penuh : Sharifah Aidah Mazlina Syed Hanafi
Tempat Lahir : Slim River Perak
Tarikh Lahir : 17 Disember 1980 (kini 35 tahun)

Keluarga dan latar belakang :
janda anak seorang (sehingga kini 2016)

Pendidikan : SPM
kerjaya : Penyanyi dan kini seorang Pelakon

Senarai Lagu Elly Mazlein
Sutera Kasih
Satu Kepastian
Bukalah Mindamu
Bayangan Rindu
Kenyataan
Andaikata
Titik Bermula
Jiwa Remaja
Hingga Ke Akhir Nanti
Biar Pilu Ada Penawarnya

Elly mulanya adalah penyanyi di bawah naungan NAR Records. Tetapi setelah dirisik dan dipelawa oleh pengarah terkenal Yusof Haslam untuk berlakon dalam filem 'Gerak Khas', nama Elly semakin mendapat perhatian dan kini beliau adalah antara pelakon wanita yang mendapat populariti yang tinggi. Kini beliau lebih dikenali sebagai Pelakon.

13.Nora

nora-gegarvaganza-3

Wan Norafizah binti Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora atau kini Nora J atau Nora Ariffin[1][2] merupakan seorang penyanyi Malaysia yang mula mencipta nama pada tahun 1994 dengan album pertama yang berjudul Sandiwara. Beliau berasal dari Kampung Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan.

Nora mula mengorak langkah dalam dunia seni suara dengan menjuarai Bintang HMI pada tahun 1991.

Tags: #GegarVaganza 3 #Peserta GV3 #Siaran Langsung GegarVaganza 3