Gerhana Bulan Penumbra Boleh Dilihat Di Malaysia Pagi Esok

168 views

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sebahagian daripada fasa Gerhana Bulan Penumbra, pagi esok (11 Feb).

Gerhana tersebut berlaku apabila bulan memasuki bayang-bayang penumbra bumi dan akan kelihatan sedikit gelap.

Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam kenyataan berkata, gerhana bulan penumbra akan bermula 6.34 pagi dan berakhir pada 10.53 pagi.

“Bagaimanapun, gerhana hanya akan dapat disaksikan di Malaysia sehingga jam 7.25 pagi sahaja kerana bulan akan terbenam ketika itu,” kata kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan itu menyebut gerhana tersebut mungkin akan kelihatan lebih jelas dengan bantuan peralatan seperti teleskop atau binokular selain faktor cuaca sangat mempengaruhi kenampakannya.

Agensi berkenaan bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak menjalankan sebarang aktiviti pencerapan awam untuk orang ramai bersempena fenomena Gerhana Bulan Penumbra itu. — Bernama

Incoming search terms:

[ad_2]

Tags: #boleh #bulan #dilihat #gerhana #MALAYSIA #penumbra