Google & Ford Bakal Cipta Kereta Pandu Sendiri

569 views
Google dan Ford dalam usaha membentuk satu kolaborasi untuk mencipta kereta jenis“pandu-sendiri”.Menurut laporan Yahoo Autos, ini adalah satu langkah untuk menggabungkan salah satu pengeluar automatif terkemuka di dunia dengan syarikat teknologi yang terkenal untuk membangunkan teknologi kereta-robot.

Menurut Business Insider, kerjasama itu bakal diumumkan di majlis Consumer Electronics Show yang akan berlangsung di Las Vegas pada bulan depan.

Kerjasama antara dua syarikat gergasi ini akan mewujudkan sebuah syarikat baharu yang mencipta kereta 'pandu sendiri' dengan menggunakan teknologi Google.

Walaupun Ford telah berusaha untuk membangunkan teknologi ini untuk beberapa tahun tetapi mereka mengumumkan bahawa hanya bulan ini syarikat itu merancang untuk memulakan kajian di jalan-jalan awam di California.

Manakala, Google dikatakan mempunyai pengalaman yang lebih baik dalam dunia teknologi kenderaan autonomi.

Difahamkan, kerjasama itu juga akan menandakan kejayaan besar kepada Google.

Baru-baru ini, Google mengupah seorang pekerja Ford yang berpengalaman untuk mengetuai kumpulan kereta autonomi.

Malah, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ford,  Alan Mulally, menyertai lembaga Pengarah Google pada tahun 2014.

Bagaimanapun, beberapa pakar menyatakan bahawa ia akan mengambil masa yang lama sebelum kereta jenis ‘pandu sendiri’ dilancarkan kepada orang awam.


Terkini - Astro Awani

Tags: #Consumer Electronics Show #Google & Ford Bakal cipta Kereta Pandu Sendiri #Yahoo Autos