Google Search Semakin Pintar, Mampu Jawab Pertanyaan Lebih Rumit

950 views

Google Search Kini Mampu Jawab Pertanyaan Lebih Rumit

google malaysia

Bagi banyak orang, Google Search sudah seperti pembantu peribadi yang boleh ditanya bila-bila pun. Apalagi Google dari hari ke hari semakin memperbaiki algoritma pengenalan suara, sebuah ciri yang mampu untuk menggali maklumat dan perintah dan menghadirkan jawapan dengan serta-merta.

Hari ini Google kembali memperbaharui kemampuan mesin pencariannya sehingga mampu menjawab soalan-soalan rumit dengan lebih bijak.

Melalui laman blog Google Search, gergasi enjin carian itu mendakwa kini mampu memproses maklumat secara kategorial dan kemudian mentafsir maklumat itu sehingga menjadi sebuah jawapan yang sesuai. Sebelum ini, dengan menggunakan carian suara, soalan "Who was president when Carl Sagan was born" hanya akan menghasilkan sederet hasil carian berdasarkan kata kunci sahaja.

Kini, Google mendakwa mereka mampu memahami makna kata sehingga boleh langsung memberikan jawapan seperti "Franklin D. Roosevelt."

Dalam posting di blog rasmi Google Search itu, Pengurus Produk Satyajeet Salgar membandingkan perkembangan aplikasi buatannya dengan bagaimana cara anak kecil belajar bercakap.

Awalnya Google Search hanya boleh menjalankan tugas-tugas asas berdasarkan pemahaman yang terhad terhadap komunikasi manusia. Ketika algoritma semakin canggih, Google Search mula semakin pintar menghantar maklumat yang mereka cari, tidak hanya deretan maklumat yang serupa.

Seperti dipaparkan Salgar, Google Search kini mampu memahami apakah seorang pengguna sedang mencari resipi (koktel) Screwdriver, dengan memahaminya sebagai minuman, bukan alatan kerja (pemutar skru) lagi.

Perubahan lain yang dilakukan Google Search juga meliputi kemampuannya untuk menetapkan peringkat. Google kini mampu mengenali kata-kata superlatif seperti "largest" (terbesar) atau "oldest" (tertua).

Kemampuan yang semakin bijak ini membolehkan Google Search untuk menjawab dan menghadirkan jawapan dengan berkesan dan cepat untuk soalan rumit yang menggabungkan masa, orang dan tempat, contohnya:

"What are some of Seth Gabel's father-in-law's movies?"

"What was the U.S. population when Bernie Sanders was born?"

"Who was the U.S. President when the Angels won the World Series?"

Perubahan-perubahan ini sekarang sedang diimplementasikan pada ribuan server Google dan seharusnya sudah boleh digunakan tanpa perlu melakukan pembaharuan aplikasi anda.

#Google+Search+Malaysia
#mesin+pencari+google
#gergasi+enjin+carian

#Google Search Kini Mampu Jawab Pertanyaan Lebih Rumit

Tags: #gergasi enjin carian #Google Search Kini Mampu Jawab Pertanyaan Lebih Rumit #Google Search Malaysia #mesin pencari google