Guerra Beraksi Bersama JDT, Perjanjian Feeder Club Jadi Persoalan

115 views

[ad_1]

Guerra started for JDT in Saturday night's 0-0 draw against SelangorGabi Guerra dipindahkan dari JDT II ke JDT bagi menggantikan Jeremimo Barrales melalui Perjanjian Feeder Club yang ditandatangani antara JDT dan FMLLP.

Dalam perjanjian ini JDT dapat menggunakan kuasa mereka sebagai parent club kepada JDT II yang merupakan feeder club JDT.

Gabi Guerra dinaik pangkat ke JDT selepas JDT menggunakan kuasa mereka sebagai feeder club seperti yang dibenarkan dalam perjanjian tersebut.

Perjanjian antara JDT dan FMLLP ini adalah sebahagian daripada usaha mereka ke arah perlesenan kelab pada 2018.

Melalui perjanjian ini, JDT boleh memindahkan pemain mereka dengan pemain di JDT II sebanyak 4 orang ketika di luar musim perpindahan.

Tiada siapa yang menyedari termasuk pihak wartawan sendiri yang terkejut wujudnya Perjanjian Feeder Club ini ketika kenyataan akhbar dikeluarkan oleh JDT.

Perjanjian ini telah ditandatangani pada Ogos tahun lepas namun sehingga November lepas, CEO Kevin Ramalingam menyatakan perjanjian ini masih belum lagi diluluskan oleh FMLLP.

Ramai pihak agak terkejut kerana bagaimana Perjanjian ini telah dapat digunapakai oleh JDT dalam kes Guerra ini.

Menjadi juga persoalan juga ialah kenapa sesetengah syarat hanya bermula pada tahun 2018.

Melalui perjanjian itu juga JDT dan JDT II tidak boleh bermain dalam liga yang sama.

Jika JDT II menjadi johan atau naib johan Liga Perdana, mereka tidak akan naik ke Liga Super.

Selain itu, jika JDT turun ke Liga Perdana. JDT II secara automatik akan turun ke Liga FAM tak kira tangga berapa mereka tamatkan saingan Liga Perdana pada musim itu.

Bermula 2018, JDT wajib meletakkan sekurang-kurangnya 4 pemain B-23 tahun dalam setiap perlawanan.

JDT II tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan yang disertai JDT.

Ini bermakna, JDT II tidak akan menyertai Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia bermula pada musim 2018.

Sehingga artikel ini ditulis, pihak FMLLP belum memberi jawapan berkaitan perkara ini.

FourFourTwo/SemuanyaBola/Bazookapenaka

Comments

comments

[ad_2]

Tags: #beraksi #bersama #club #feeder #guerra #perjanjian