Guna Joran Pancing Coli Dan Seluar Dalam Wanita

959 views

coli

Beijing: Seorang lelaki yang ketagih pakaian dalam wanita menggunakan joran buatan sendiri untuk mencuri ratusan seluar dalam dan coli terpakai.

Lelaki berusia 32 tahun itu dilapor menggunakan jorannya mengail pakaian itu di rumah dan laman mangsanya.

Dia dikatakan akan meramas dan menggigit pakaian dalam itu sebelum membawanya pulang.

Lelaki itu yang dikenali dengan nama keluarganya Zhang, akhirnya ditangkap polis dalam satu sekatan jalan di bandar raya Liyang bulan lalu.

Sebaik membuka pintu vannya, polis terkejut mendapati longgokan 285 coli dan 185 seluar dalam di dalam vannya, semua sudah dipakai.

Dia juga didapati mencuri 100 pakaian lain dan mengaku melakukannya sejak tiga tahun lalu.

Menurut laporan media tempatan, Zhang memberitahu polis, dia mulanya mencuri satu atau dua pasang, tetapi menjadi ketagih selepas itu.

Polis berkata, Zhang dihantar ke hospital sakit jiwa untuk pemeriksaan psikiatrik dan pada masa sama siasatan jenayah terhadapnya juga dimulakan. – Agensi

Tags: #coli wanita #seluar dalam wanita