Isu Pokok ‘Ceiba Chodatii’ JKR Nafi Libatkan Kerajaan Negeri Terengganu

Isu Pokok 'Ceiba Chodatii' JKR nafi libatkan Kerajaan Negeri Terengganu

Isu Pokok 'Ceiba Chodatii' JKR nafi libatkan Kerajaan Negeri Terengganu

Mula tular di laman sosial. Kononnya JKR membeli pokok 'Ceiba Chodatii'. Adakah kes ini melibatkan integriti pekerja-pekarja Jabatan Kerja Raya Terengganu? Apa kata mereka yang terlibat?
Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok 'Ceiba Chodatii' yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri.
Pengarah JKR Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud sebaliknya berkata, pembelian pokok yang diimport dari Brazil itu ditanggung kontraktor utama projek itu dan ia juga tidak termasuk dalam skop projek.
"Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak lagi membuat sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok berkenaan," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu hari ini.
Isu pokok 'benang sutera' berkenaan tular di media sosial selepas orang ramai mendakwa penanaman tiga batang pokok berkenaan sebagai mercu tanda bandar Kuala Nerus merupakan satu pembaziran kerana difahamkan pokok berkenaan berharga RM180,000 sebatang.
Sementara itu Pergerakan Pemuda Umno Terengganu dalam kenyataan berasingan menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berhubung isu pokok berkenaan.

Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa kononnya Menteri Besar terlibat dalam isu tersebut.

"Tindakan undang-undang perlu diambil kerajaan negeri supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sewenang wenangnya membuat fitnah menerusi media sosial.
"Pemuda UMNO Terengganu memandang serius gejala fitnah yang semakin membarah dalam media sosial. Saya mengharapkan agar kerajaan negeri akan dapat segera memulakan proses undang-undang bagi membawa si pelaku ke muka pengadilan," katanya.

Tags: #Isu Pokok 'Ceiba Chodatii' #Kerajaan Negeri Terengganu pokok afrika #mercu tanda bandar Kuala Nerus