JPJ Nafi Kenaikan Kadar Fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) Bagi Kenderaan 880cc

JPJ Nafi Kenaikan Kadar Fi Lesen Kenderaan Motor

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini berkata maklumat yang tersebar luas melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) adalah tidak tepat dan palsu.

Dalam satu kenyataan, JPJ menafikan terdapat pengumuman tentang kenaikan kadar fi LKM yang melibatkan semua jenis kenderaan 880cc ke atas, bermula Januari tahun depan.

"Jabatan ini memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana ia boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat awam," katanya.

jpj-nafi-kenaikkan-fii-2

JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai mesej melalui media sosial dan aplikasi Whatsapp yang tidak mempunyai sumber sah.

"Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada jabatan ini dan tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu," kata kenyataan itu.

Tags: #JPJ Nafi Kenaikan Kadar Fi Lesen Kenderaan Motor